Tugasan Ifolio
7:53:00 pm Ashiyan 0 Comments
Berdasarkan
video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram
dan Open learning dan perjumpaan dalam dewan kuliah, senaraikan 10 cara supaya
Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat
globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Sistem pembelajaran dan pengajaran yang mampu
melahirkan rakyat yang bukan sahaja tinggi dari segi ilmu pengetahuannya, malah
dari segi sahsiah, pemikiran dan nilai murni.
2.Pencegahan dan pembenterasan jenayah yang mampu
menurunkan kadar jenayah di dalam negara yang sangat berkesan dan sistematik.
3.Pengurangan kadar jumlah rakyat yang miskin atau
yang didtindas dengan wujudnya beberapa bantuan yang diciptakan untuk membantu
golongan-golongan tersebut agar tidak wujud jurang yang besar antara golongan
atasan dan bawahan.
4.Pembentukan masyarakat yang sihat iaitu kehidupan
yang bebas rasuah dan dadah.
5.Persaingan dan pembangunan ekonomi yang berdaya
saing, adil dan dinamik.
6.Mewujudkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan
dan menghayati lima rukun negara yang telah lama menjadi garis panduan kepada
rakyat.
7.Pemikiran pemimpin dan rakyat yang terbuka dan
luas serta berpandangan jauh dalam membuat sebarang mengeluarkan keputusan, melakukan
sesuatu tindakan serta menerima pandangan.
8.Persediaan dari segi mental dan fizikal yang
mantap dalam mengahadapi sebarang bencana alam, wabak atau serangan dari pihak
luar dari segi pengaruh, peperangan atau pengaruh.
9.Hubungan diplomatik antara negara-negara jiran
yang kuat dan utuh.
10.Sistem pemerintahan yang mengambil kira
pandangan daripada semua pihak dan tidak berat sebelah serta mampu membantu
rakyat dan negara untuk maju ke hadapan.
Di kalangan
sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan
dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan
pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa
pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Melalui pandangan rakan saya yang berbangsa India,
mereka menyatakan bahawa mereka percaya setiap agama tdak pernah mengajak
penganutnya untuk membawa atau mengajak ke arah peperangan atau sesuatu
peristiwa yang boleh menumpahkan darah tidak kira daripada penganutnya sendiri
dan juga bukan penganutnya. Manakala, perkataan jihad pula,setelah saya
menerangkan maksud jihad dalam bahasa, mereka berpendapat bahawa perjuangan
yang dikerjakan atau diusahakan oleh setiap agama adalah tentunya untuk
menegakkan keadilan dan untk mengekalkan keamanan dan bukannya untuk membawa
kepada malapetaka.
Manakala mengikut pandangan salah seorang rakan
saya yang berbangsa cina pula mengatakan bahawa kita tidak boleh membuat
sesuatu pernyataan secara tiba-tiba tanpa sebarang usul dan bukti yang kukuh
mengenai sesuatu perkara yang sensitif, terutamanya isu mengenai Islam sebagai
agama pengganas. Mereka juga bersetuju dengan pepatah, 'kerana nila settik,
rosak susu sebelanga'. Oleh itu, mereka bersependapat bahawa janganlah hanya
sebuah kelompok yang membawa imej yang tidak baik, semua penganutnya dilabelkan
sebagai perkara negatif tersebut.
Akhir sekali, berdasarkan rakan se-Islam saya,
mereka kecewa dengan pandangan dunia terhadap Islam yang telah menghukum Islam
sebagai pengganas atas sebab perbuatan sekelompok kecil umat Islam yang mengaku
bahawa mereka memperjuangkan demi Islam sedangkan perbuatan mereka itu sangat
bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Seperti agama
yang lain seperti agama Kristian, Buddha dan Hindu dimana penganutnya hendaklah
berbuat kepada semua orang. Begitu juga dengan Islam.
Kamu seorang
sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu
ketamadunan
Ketamadunan,
bukan lagi nada yang asing,
pada para pahlawan yang merasai,
pahitnya kekalahan,
tawarnya harapan,
panasnya semangat,
manisnya kemenangan.
Ketamadunan,
tanpanya, tidak nampak tunasnya pembangunan,
tidak nampak kembangnya kemajuan,
tidak nampak tingginya nilai agama,
tidak nampak hasilnya pengorbanan,
tidak nampak cantiknya negara yang bertamadun.
Ketamadunan,
jangan hanya kita lihat,
sebagai satu cerita dongeng,
tetapi lihatlah ia,
sebagai satu garis panduan,
yang akan menentukan,
gelap dan cerahnya masa depan kita.
Dalam
mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi
kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang
mesti bersatu semula demi masa depan tamadun?
Dari persepsi saya dan rakan-rakan saya, kami
berpendapat bahawa, rakyat hendaklah bersatu padu, tidak kira apa jua latar
belakang mereka, dalam memilih pemimpin yang betul dan tepat agar masa depan
negara dan kehidupan yang mendatang lebih cerah dan terjamin. Bukan hanya
pemimpin sahaja yang perlu berusaha membangunkan negara, tetapi rakyat juga
hendaklah melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam mengukuhkan
lagi struktur negara agar benteng negara kita tidak mudah runtuh diserang pihak
luar atau mudah diceroboh oleh unsur-unsur atau budaya yang boleh membawa
kepada kemunduran dan kejatuhan tamadun sesebuah negara itu.
Individual Video
6:43:00 pm Ashiyan 0 Comments
NUR HAFIZA BINTI MAAKIB, A153329
RAS DAN BUDAYA MASYARAKAT MAJMUK
Tugasan Ifolio
12:20:00 am Nur Aida Semperna 0 Comments
REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig
dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan
lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Berpegang teguh kepada agama dan sistem
keparcayaan masing-masing.
2.
Mewujudkan sistem organisasi dan
institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang
lebih sempurna dan teratur.
3.
Mewujudkan sistem perundangan yang
teratur.
4.
Mewujudkan sistem nilai serta moral yang
berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk
masyarakatnya dalam segala kegiatan ekonomi.
5.
Masyarakat perlu hidup bersatu padu.
6.
Mengekalkan ekonomi yang stabil
7.
Mengamalkan politik yang stabil.
8.
Berkemahiran dalam teknologi
9.
Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi
10.
Masyarakat perlu mempunyai sifat
patrioritik akan Negara
DAYA PERSEPSI
Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan
dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik
dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?
Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Jihad dalam Al-Quran dan Hadis Al-Quran banyak
menjelaskan konsep jihad dan peperangan (qital) dalam pelbagai sudut
perbincangan. Terdapat lebih daripada 170 ayat dalam al-Quran yang
membincangkan tentang perkara ini dalam berbagai-bagai tema. Antara tema yang
dibincangkan berkaitan dengan semangat dan hukum jihad, halangan untuk
berjihad, kewaspadaan terhadp musuh, peraturan semasa berperang, tawanan perang
dan harta rampasanya, keenganan berperang, dan kisah peperangan. Antara ayat
al-Quran yang menyeru kepada berjihad dan kebaikannya di sisi Allah S.W.T
adalah dalam firmannya yang bermaksud: “berangkatlah kamu baik dalam keadaan
merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di
jalan Allah. Yang demikian itu adalah yang terbaik bagimu jika kamu
mengetahuinya” Begitu juga dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Dan orang
yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan
kepada meraka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta
orang yang berbuat baik”. Penganut Islam harus mengetahui bahawa jihad dengan
jiwa atau harta yang disyaratkan dalam Al-Quran haruslah di jalan Allah dan
dengan tujuan untuk meninggikan kalimah Allah dan juga untuk menyebarkan agama
Islam. Konsep Jihad (bahasa Arab )جهاد merupakan satu konsep dan tuntutan dalam Islam yang agak polemik
dan kontroversi serta isu yang sensitif di kalangan masyarakat dunia pada masa
kini. Perkataan Jihad iaitu berbunyi ‘jahada’ yang bererti gigih berusaha
dengan sepenuh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi
sabilillah).
Menurut pandangan masyarakat cina, india dan
bangsa-bangsa lain. Mereka tidak menyalah ertikan konsep jihad itu sendiri yang
dipolimikkan oleh masyakat barat kononya jihad itu adalah pembunuhan dan
peperangan semata-mata. Hal ini demikian kerana mereka melihat kepada
keharmonian dan kesajehteraan yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia
itu sendiri. Mereka memahami konsep jihad itu adalah memarangi musuh-musuh
Islam dan untuk menyebarkan agama Islam tetapi mengikut garis panduan yang
ditetapkan oleh Islam. Mereka beranggapan mana mungkin sesuatu agama itu
membenarkan pembunuhan dan peperangan sewenag-wenangnya tanpa asbab yang kukuh.
Keganasan-keganasan yang timbul di Negara luar kononya daripada agama Islam
adalah daripada golongan ekstrimis agama. Mereka yakin bahawa setiap agama
pasti ada golongan yang begitu taksub dan menyalah ertikan sesuatu perkara
tentang agama mereka. Sekiranya diteliti perkara seperti ini adalah harus tidak
berlaku kepada umat Islam pada hari ini kerana kebijaksanaan dalam pertimbangan
kehidupan adalah lebih baik didorong oleh agama.
CIPTA PUISI TEMA KETAMADUNAN
Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi
bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya
10-15 baris sahaja.
Tamadun indah seluruh pelusuk,
Hancur musnah jatuh tersungkur,
Dek alam buana kejam membengis,
Ketidakadilan berkuasa,
Insan berharta berdiri menindas,
Insan miskin hina ditindas,
Pembesar berfoya membuang masa,
Tamak berkuasa penerima rasuah,
Ancaman luar kejam memusnah,
Mencuri khazanah sebuah tamadun,
Penyakit menular bala diterima,
Bencana alam datang memusnah,
Tamadun purba tinggal sejarah,
Tercatat sudah takdir mereka,
Tamadun gah menjadi lagenda.
KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN
Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik
demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua
orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Perpaduan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum seperti Malaysia hanya akan berjaya jika semua
kaum bersedia untuk mengetepikan kepentingan masing-masing demi kepentingan
jangka panjang yang lebih penting.
Perpaduan
amat penting untuk memelihara keharmonian sesebuah negara. Bagi mengekalkan
keharmonian dan kesejahteraan Malaysia yang telah lama dipelihara, rakyat Malaysia
perlu bekerjasama bahkan bersatu-padu ketika negara ditimpa musibah tanpa
mengira perbezaan agama, bangsa ataupun ideologi politik. Hal
ini penting untuk terus mengekalkan tamadun yang telah dibina. Contoh musibah yang
boleh memberi kesan kepada kelangsungan sesebuah tamadun adalah seperti diserang
atau dijajah oleh kuasa asing. Hal ini akan menyebakan kemusnahan dan kerosakan
kepada sebuah tamadun yang yang telah dibina. Jadi jelaslah dibuktikan bahawa walaupun
masyarakat Malaysia mempunyai perbezaan ideologi, masyarakat Malaysia tetap
perlu bersatu padu jika Negara ditimpa musibah seperti peperangan dan
sebagainya.
Ingatlah
perpaduan dan keharmonian yang dikecapi oleh Malaysia mutakhir ini boleh hilang
begitu sahaja jika rakyatnya terus lalai dan ambil mudah. Oleh itu,
sebaik-baiknya rakyat haruslah berwaspada dan sentiasa bersedia mempertahankan
negara ini daripada segala anasir jahat hingga ke titisan darah terakhir
mereka.
Individual Video
3:29:00 pm Unknown 0 Comments
CORAK MASYARAKAT SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS ABAD KE-18
Individual Video
11:25:00 pm Nur Aida Semperna 0 Comments
No Matrik: A154353
Kos : FFAR/2
Set : 22
Tajuk : Konsep Masyarakat Majmuk
Tugasan ifolio
2:51:00 pm نورعينا اثيرا 0 Comments
Nuraina Athira bt Ahmad Salwanizam
A153108
Senaraikan 10 cara supaya Tamadun
Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan
lain-lain faktor.
Masyarakat Malaysia terdiri
daripada pelbagai jenis kaum dan etnik yang berbilang bangsa. Hal ini telah
menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang unik. Akan tetapi,
apabila hadirnya beberapa permasalahan yang berlaku antara masyakarat, ini akan
menyebabkan runtuhnya ketamadunan. Oleh itu, bagi mengekalkan Tamadun Malaysia,
setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mestilah lebih bersatu padu dalam
menangani masalah tidak kira dari aspek politik, sosial, ekonomi atau agama.
Masyarakat Malaysia perlu bijak dan proaktif dalam menangani sesuatu isu yang
timbul bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan pergaduhan. Selain
itu, sikap keterbukaan dan toleransi perlu diamalkan dalam diri setiap orang.
Sikap ini penting bagi menjamin kehidupan masyarakat yang lebih harmoni.
Seterusnya, semua masyarakat Malaysia haruslah mengamalkan serta mempraktikkan
lima rukun negara bagi meningkatkan lagi semangat cinta akan negara. Setiap
bangsa dan etnik di Malaysia mempunyai kepercayaan dan pegangan agama
masing-masing. Oleh hal yang demikian, sikap hormat-menghormati haruslah
dipupuk dalam diri setiap rakyat untuk mnubuhkan masyakat yang lebih harmoni.
Di samping itu, pentadbiran politik di negara Malaysia haruslah sentiasa stabil
bagi menjamin kedudukan dan keamanan negara. Hal ini demikian kerana faktor
pentadbiran politik memberi kesan yang amat mendalam bagi sesebuah negara atau
tamadun. Sekiranya hal ini tidak dapat dijaga, mungkin sejarah akan berulang.
Dalam pada itu, masyarakat yang berilmu akan mewujudkan tamadun yang lebih
berpengetahuan luas. Ilmu sangat meluas. Oleh itu, seseorang yang mempunyai
banyak ilmu akan lebih bijak berfikir dan berpandangan jauh. Di samping itu,
pelaksanaan undang-undang haruslah dilaksanakan secara telus bagi menjamin hak
dan keselamatan setiap rakyat Malaysia. Dengan wujudnya sistem undang-undang,
pengurusan negara akan lebih saksama dan teratur. Sistem pendidikan Malaysia
boleh dibaik pulih dengan melihat pembangunan sistem pendidikan negara maju.
Dengan itu, wujud lebih ramai golongan pemikir yang akan dapat memajukan negara
searas dengan neagara-negara maju yang lain. Dalam pada itu, masyarakat
Malaysia haruslah mempunyai sikap berdaya saing bagi melahirkan masyarakat yang
lebih berfikiran futuristik, kreatif dan inovatif. Akhir sekali, rakyat
Malaysia haruslah memupuk semangat patriotisme iaitu semangat cinta akan
negara. Kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh pada zaman dahulu.
Pejuangan tokoh-tokoh yang telah memperjuangkan kedamaian negara haruslah
dikenang kerana mereka telah memainkan peranan yang penting untuk keamanan
negara.
Berdasarkan temuduga kamu berkaitan
hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang
Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2
lain di Malaysia?
Orang
Melayu
Berdasarkan persepsi rakan melayu
di UKM yang telah di temu bual, mereka berpendapat bahawa setiap individu
mempunyai hak tersendiri untuk menganut agama dan mempunyai kepercayaan masing-masing.
Jihad yang dilakukan oleh orang islam bukanlah keganasan. Masyarakat barat
tidak sepatutnya mempunyai persepsi sebegitu kerana mungkin ada dikalangan
penganut agama islam yang melakukan kesilapan, akan tetapi bukan semua umat
islam berkelakuan sebegitu. Jihad bukanlah satu tindakan keganasan.
Orang
India
Masyarakat barat tidak
sepatutnya menonjolkan agama islam sebegitu kerana setahu mereka agama islam
bukan agama yang bersifat ganas. Beliau mempunyai ramai rakan yang beragama
islam. Sepanjang berkenalan, mereka semuanya baik-baik sahaja. Layanan mereka
terhadap beliau juga baik menyebabkan beliau berasa selesa untuk lebih rapat
dan kenal dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Oleh itu, adalah tidak
wajar untuk mengaitkan jihad masyarakat islam dengan keganasan.
Orang
Cina
Menurut temu bual bersama
rakan yang berbangsa cina, mereka sama sekali tidak menganggap bahawa agama
islam bertindak dengan keganasan. Hal ini kerana, Malaysia adalah negara yang berbilang
kaum, bangsa serta agama. Perbezaan agama tidak mencetuskan permasalahan dan
tiada keganasan yang berlaku di Malaysia. Oleh itu, tidak wajar untuk
menganggap agama islam bersifat ganas.
Kamu seorang sasterawan negara dan
dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada
dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris
sahaja.
Manusia
Mudah
lupa
Mudah
alpa
Hanyut
dibawa arus urbanisasi
Lemas
dalam kemewahan duniawi
Demi
agama, bangsa dan negara
Bangkitlah
wahai anak muda
Bangkitlah
membina negara
Usah
sia-siakan peluang yang ada
Sebelum
menyesal di kemudian hari
Bersatu
padulah mengorak langkah
Untuk
mencapai kemajuan negara
Meningkatkan
nama negara
Mengekalkan
kemerdekaan dan keamanan
Demi
masa hadapan negara tercinta
Dalam mana-mana tamadun, mesti ada
perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan
sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula
demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Perbezaan
pendapat adalah perkara yang biasa dalam sebuah masyarakat. Bahkan, antara
individu juga ada berlakunya perbezaan pendapat dari segi politik,agama serta
macam-macam lagi. Setelah berdiskusi bersama rakan-rakan, pelabagai idea yang
telah dapat dikeluarkan berdasarkan pandangan dan pendapat masing-masing.
Berdasarkan perbincangan yang telah dilakuan,
saya dapat konklusikan bahawa semua rakyat mestilah sentiasa bersatu padu untuk
menjamin keharmonian dan keamanan negara. Bak kata pepatah, bersatu teguh
bercerai roboh. Jelaslah dapat dilihat daripada situ bahawa kekuatan sesebuah
negara terletak pada kerjasama daripada seluruh rakyat.
Selain itu, seluruh rakyat mestilah lebih
bergabung tenaga dan kekuatan apabila menghadapi peperangan bagi melindungi
negara daripada dijajah. Hal ini telah dapat dilihat daripada perjuangan untuk
membebaskan negara kita daripada jajahan British. Peristiwa tersebut haruslah
menjadi tauladan kepada masyarakat Malaysia.
Tugasan Ifolio
10:04:00 pm Unknown 0 Comments
NUR HAMIZAH BINTI HABIDEEN A152863
KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN
Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan
pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan
bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun?
Diskus dengan rakan-rakan anda.
Masyarakat
sesebuah Negara mesti bersatu semula demi masa depan tamadun apabila terjadinya
pengaruh globalisasi kuasa asing terhadap negara yang mempunyai kebebasan untuk
membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa tetapi masih tertaluk
kepada telunjuk kuasa barat. Kuasa-kuasa besar yang mempunyai kuasa veto ini
akan bertindak secara bersendirian
membelakangkan Majlis Keselamatan PBB dan sekaligus memberi impak negatif
kepada negara.
Dari
segi ekonomi, semua orang mesti bersatu padu semula demi masa depan tamadun
apabila syarikat-syarikat besar menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa,
menguasai penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil
perindustrian dan perkembangan sains dan teknologi sesebuah negara. Tidak cukup
setakat ini, sistem kewangan antarabangsa yang dikawal oleh syarikat kewangan
gergasi yang secara tidak langsung telah mendominasi negara tersebut dan hal
ini harus diberi perhatian yang serius oleh negara tersebut.
Dari
segi budaya, setiap penduduk negara tersebut seharusnya bersatu padu semula
demi masa depan tamadun apabila kuasa-kuasa barat telah membanjiri dunia dengan
pengeksportan budaya negatifnya. Dalam konteks budaya ini, pengaruh yang paling
signifikan ialah hiburan. Hiburan seperti muzik, nyanyian dan kartun ini telah
mempengaruhi cara hidup dan sahsiah remaja diseluruh dunia. Hal ini membimbangkan
semua pihak kerana remaja yang akan menjadi pewaris negara pada masa hadapan. Pincang
remaja, pincanglah negara.
Dari
segi media, seluruh warganegara sewajarnya bersatu padu semula demi masa depan
tamadun apabila dunia barat tidak terlepas untuk mendominasi penyebaran berita
antarabangsa dan seluruh media massa. Agensi berita antarabangsa akan
menentukan bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan
dipersembahkan kepada masyarakat dunia demi memperoleh kepentingan-kepentingan
tertentu. Perkara ini dapat dibanteras hingga ke akar umbi sekiranya semua orang bersatu padu semula demi
kegemilangan masa depan tamadun itu sendiri.
CIPTA PUISI TEMA KETAMADUNAN
Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan
satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan samada dalam bahasa Melayu atau
Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.
SLAUGHTERING OF A
CIVILIZATION
My words are out of disbelief
When I say what's going on
Why are we killing so much anymore
We use to be civilized
Now we are just barbaric in our traits and quest for domination
Call me what you will, say what you want
All I want is all this killing to stop
All this blame to end
All the fingers to go in for of a wave or handshake
Instead if a judge mental pointing
Two wrongs do not make a right
Killing humans is not a lesson we need to teach our children
There is no understanding in a world of greed
And no room for improving our future with in moralistic judgments and fear based thoughts.
When I say what's going on
Why are we killing so much anymore
We use to be civilized
Now we are just barbaric in our traits and quest for domination
Call me what you will, say what you want
All I want is all this killing to stop
All this blame to end
All the fingers to go in for of a wave or handshake
Instead if a judge mental pointing
Two wrongs do not make a right
Killing humans is not a lesson we need to teach our children
There is no understanding in a world of greed
And no room for improving our future with in moralistic judgments and fear based thoughts.
DAYA PERSEPSI
Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam
adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan
temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di
UKM. Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di
Malaysia? Apa pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?
Pandangan orang Cina di
Malaysia tentang jihad ialah berpendapat bahawa jihad adalah perang untuk menghancurkan
orang-orang kafir. Mereka menyatakan bahawa jihad adalah usaha
menyampaikan dakwah Islam kepada bukan islam dan memerangi orang-orang yang
tidak mahu menerimanya dengan sepenuh hati. Mereka juga memandang jihad sebagai
gerakan revolusi menumbangkan sistem sosial dunia yang ada dan menggantinya
dengan sistem Islam.
Pandangan orang
Melayu di Malaysia tentang jihad ialah perkara yang menghasilkan apa sahaja
yang disukai oleh Allah berupa keimanan dan pekerjaan yang baik, dan menolak
segala yang dibenci oleh Allah seperti kekafiran, dan kefasikan, serta
kemaksiatan. Jihad dalam pengertian ini mencakupi segala bentuk perbuatan
yang baik dan perlawanan terhadap hawa nafsu, syaitan, orang-orang kafir,
orang-orang munafiq, ahli munkar, orang-orang zalim dan orang-orang fasik.
Jihad melawan godaan hawa nafsu dan syaitan disebut jihad yang paling
besar, sedangkan jihad melawan musuh yang nyata seperti orang-orang kafir dan
orang-orang munafik disebut jihad kecil.
Pandangan orang bangsa-bangsa lain di Malaysia ialah Islam sering
digambarkan sebagai agama yang disebarkan melalui mata pedang iaitu melalui
kekerasan dan peperangan. Mereka beranggapan bahawa pejuang Islam akan memaksa
sesiapa sahaja untuk memasuki islam tanpa memberi hak kebebasan kepada mereka.
Tuduhan ini juga tidak berasas sama sekali. Al-Quran melarang umat Islam
melakukan kekerasan dan peperangan terhadap orang bukan Islam untuk memaksa
mereka menerima Islam. Hal ini dibuktikan dengan firman
Allah s.w.t. yang bermaksud: `tiada paksaan dalam agama.’ (Surah
al-Baqarah: 256)
REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang
telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan
kuliah. Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama
daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
10 cara supaya Tamadun Malaysia akan
bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor
ialah :
1. Mewujudkan persefahaman antara
masyarakat berbilang kaum yang berasaskan nilai-nilai budaya dengan cara mewujudkan
kesediaan dalam kalangan warganegara Malaysia untuk cuba memahami persamaan dan
perbezaan antara satu sama lain.
2. Menjadikan Rukun Negara sebagai asas
pembangunan tamadun Malaysia dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip yang
ditetapkan.
3. Mewujudkan hubungan silaturrahim, kerjasama
dan interaksi sosial merentasi batasan antara masyarakat berbilang kaum, agama
dan budaya.
4. Mengambil kira kepercayaan dan amalan
setiap budaya dan tamadun di dalam konteks masyarakat majmuk dengan cara prihatin
dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
5. Sentiasa memahami, peka dan mengambil
iktibar tentang isu-isu yang menjadi pemisah antara tamadun barat dan tamadun
islam.
6. Memahami isu keganasan dari perspektif
Islam dan Asia, bukan semata-semata berpaksikan kepada perspektif Barat.
7. Mempunyai penguasaan ilmu yang mantap
dengan menyediakan keutamaan pendidikan, kebebasan akademik dan aktiviti penyelidikan
di pusat-pusat pengajian tinggi awan dan swasta.
8. Kesediaan individu, pemimpin dan
rakyat untuk berubah secara holistik ke arah matlamat mewujudkan masyarakat
bermoral yang merangkumi bidang politik, pentadbiran, perniagaan, ekonomi,
budaya, seni, media massa, sukan, kehakiman, pendidikan dan kekeluargaan.
9. Mewujudkan pentadbiran dan pemerintahan
yang cekap, amanah, mesra rakyat, mesra alam dan tidak tunduk di bawah pengaruh
rasuah, bebas daripada penyalahgunaan kuasa dengan cara menanamkan nilai-nilai
integriti di dalam setiap lapisan pengurusan.
10. Menerapkan etika-etika Islam dalam
perniagaan, pengurusan pentadbiran dan kewangan supaya orang Islam yang
berkecimpung atau mahu berkecimpung dalam bidang-bidang tersebut sedar bahawa
mereka wajib mengamalkan etika-etika tersebut demi keharmonian bersama.
Individual Video
2:52:00 pm Ramavisithira Ramasamy 0 Comments
Tugasan Ifolio
2:36:00 pm Unknown 0 Comments
Wong Poh Kuan (A156213)
1. REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learning dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1. REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learning dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
- Bersifat produktif untuk memajukan negara
- Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.
- Memberikan pendidikan kepada semua rakyat malaysia.
- Kerajaan memastikan keadaan Negara sentiasa dalam keadaan aman dan makmur serta adil dari segi pemerintahannya.
- Menjalinkan hubungan yang baik dengan negara lain.
- Menjana generasi muda sebagai persiapan untuk masa hadapan negara.
- Rakyat sentiasa setia dan sayang akan negaranya.
- Berdaya saing tinggi
- Berfikiran kreatif dan inovatif
- Rakyat mestilah menghindari budaya negatif
2. DAYA PERSEPSI
Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Pandangan Orang Melayu
Sejak dahulu, Islam menyebarkan keadilan dan kesaksamaan dalam kalangan manusia. ramai masyarakat bukan Islam dapat hidup di tengah- tengah masyarakat Islam di serata dunia, contohnya negara kita Malaysia, dan jiran kita Indonesia. Walaupun barangkali ada beberapa kekurangan tertentu, namun mereka tidak diseksa atau ditumpahkan darah secara kejam.
Pandangan Orang India
Keganasan bukan tabiat orang Islam. Orang Islam mempunyai peraturan peperangan yang sangat ketat. Semasa peperangan, Islam tetap mengamalkan kemuliaan. Islam mewajibkan mereka yang berperang agar menjaga peraturan dan akhlak. Peperangan di atas nama Islam demi meninggikan kalimah.
Pandangan Orang Cina
Agama bukan faktor mendorong keganasan. Media Barat teleh salah faham apa yang dimaksudkna dengan jihad. Jihad itu ialah menghabiskan usaha tenaga untuk mencapai apa yang dicita atau menolak sesuatu yang tidak diingini, iaitu menerima kebaikan dan menolak keburukan atau mendapat manfaat dan mencegah bencana menerusi apa-apa cara yang difikirkan wajar dan elok, dalam apa bidang sekalipun, sama ada dalam masa aman atau perang, tidak semestinya dengan berperang atau mengangkat senjata. Oleh itu, Islam bukanlah agama keganasan.
Pandangan Orang Iban
Semua agama mengajar penganutnya agar memgamalkan nilai-nilai murni yang mulia. Justeru itu, tidak mungkin Islam mengamalkan keganasan. Hanya mereka yang terpesong dari agama akan melakukan keganasan.
3. CIPTA PUISI TEMA KETAMADUNAN
Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.
Easier and Arduous Death is easier. Arduous is birth. Ravaging is easier. Arduous is construction. Thorn is easier. Arduous is blossom. Malevolence is easier. Arduous is love. War is easier. Arduous is civilization.
4. KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN
Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Selepas berbincang dengan rakan-rakan, saya mendapati bahawa semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun apabila datangnya pengaruh luar untuk menguasai tamadun kita. Jika kita tidak bersatu dan bekerjasama untuk menghalau pendatang asing, mereka senang untuk merampas harta dan juga negara kita. Justeru, pemimpin-pemimpin haruslah menyingkirkan pendapat mereka yang berbeza dengan parti politik yang lain dan sama-sama menyelamatkan tamadun.
Selain itu, pemimpin-pemimpin perlu bersatu semula demi kebajikan bangsa. Pemimpin harus memastikan rakyat hidup dalam suasana yang aman dan damai. Ini merupakan tanggungjawab pemimpin yang utama. Jika kebajikan rakyat tidak dijaga, mereka akan bangkit untuk memberontak supaya boleh mendapat benda yang mereka harapkan. Kalau keadaan ini berlaku,masa depan tamadun tidak akan cerah kerana rakyat merupakan aset sesebuah tamadun.
Di samping itu, semua orang mestilah bersatu apabila berlakunya pergolakan rakyat yang akan menggugat kedaulatan tamadun. Kedaulatan tamadun penting untuk pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik sesebuah tamadun. Jika kedaulatan tamdun terjejas, berkemungkinan besar akan berlakunya peperangan yang berlarutan sekaligus membantut pembangunan sesebuah tamadun.
Individual Video
6:21:00 am Unknown 0 Comments
Nama : Choo Jing Xuan
No. Matriks : A153581
Tajuk : Proses Pembentukan Masyarakat Majmuk.
Tugasan Ifolio
12:08:00 am Unknown 0 Comments
KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN
Dalam sesuatu tamadun , sudah tentunya wujud
pelbagai parti politik yang mempunyai pendapat dan tuntutan yang berbeza demi
kekuatan sesebuah negara tersebut. Oleh kerana pegangan mereka yang berbeza,
persengketaan dan pergaduhan mudah berlaku di antara mereka. Demi masa depan
tamadun, mereka haruslah bersatu semula supaya dapat menyumbang kepada kemajuan
tamadun. Sebaliknya, sekiranya mereka memusuhi antara satu sama lain,
keruntuhan tamadun akan berlaku kerana rakyatnya yang tidak bersatu padu. Bak
kata pepetah : bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Dalam
menyatukan parti-parti politik yang berbeza, peranan pemimpin negara tersebut
tidak boleh diabaikan. Sebagai pemimpin Negara yang berwibawa, beliau haruslah
memastikan setiap parti politik itu tidak melampaui batas mereka. Mereka diberi
hak bersuara dan megemukakan pandangan mereka, namun dengan batasan tertentu. Isu-isu
sensitif yang akan membangkitkan kemarahan dan menjejaskan hubungan rakyat
perlu dielakkan. Pemimpin haruslah bersifat terbuka dan mengambil kira semua
pandangan dan pendapat semua parti politik kerana semua orang mempunyai fikiran
yang berbeza dan pendapat seseorang itu mungkin boleh dijadikan iktibar ,
pemimpin tidak seharusnya bersifat dominasi dan menganggap diri sendirinya sebagai
yang terunggul dalam satu tamadun itu. Selain itu, pemimpin harus mengambil
kira kepentingan semua rakyat dalam menyediakan prasarana dan infrastruktur
kepada rakyatnya serta kebajikan yang diberikan kepada mereka. Sikap pilih
kasih dan mementingkan salah satu parti politik sahaja tidak harus wujud, hal
ini adalah untuk mengelakkan parti-parti politik yang lain berasa terpinggir
sehingga mencetuskan pergaduhan dan rusuhan yang menjejaskan keamanan negara
dan tamadun itu.
Di
samping itu , pemimpin-pemimpin negara digalakkan berinteraksi dan belajar
antara satu sama lain. Pemimpin harus menyerap unsur-unsur positif dan
mengintegrasikannyaa dalam politik negara tersendiri. Dengan adanya pertukaran
informasi dan pembelajaran, Negara itu akan berkembang maju dan diperkuatkan,
hal ini menyumbang kepada kekuatan tamadun. Sejak dari dahulu lagi , tamadun
Islam telah berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, mereka bersikap terbuka
dan saling mempelajari untuk mengukuhkan tamadun masing-masing
Tambahan
lagi, agama turut memainkan peranan yang penting dalam menyatukan parti-parti
politik dalan sesebuah tamadun. Dengan pegangan agama yang kukuh , mereka akan
menyuarakan pendapat dan tuntutan mereka melalui saluran yang betul, bukan
melalui cara yang ekstremis dan keji sehingga menimbulkan kekecohan. Agama
membentuk masyarakat yang berdisiplin, tidak melakukan keganasan, prihatin dan
berbuat baik terhadap semua manusia, binatang dan alam. Agama juga teras kepada
keutuhan sesebuah tamadun, keruntuhan tamadun berlaku apabila masyarakatnya
sesat dan mengabaikan agama.
Akhir
sekali , pendidikan penting untuk menyatukan parti-parti politik agar mereka
tidak menimbulkan kekecohan kepada negara dan tamdun itu. Melalui pendidikan,
masyarakat yang berilmu akan terbentuk. Mereka bersifat intelektual dan bukan
menggunakan keganasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masyarakat yang
berilmu dan berpendidikan menggunakan ilmu mereka untuk menyuarakan perasaan
dan pemikiran untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang wujud dapat
diselesaikan dengan cara yang harmoni hasil daripada pemikiran yang matang dan
rasional.
Konklusinya,
perpaduan dan toleransi rakyat terak keamanan dan kekuatan negara yang akan
menyumbang kepada tamdun yang kukuh dan stabil. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab,
kita haruslah selalu mempraktikan sikap toleransi, empati dan berfikiran matang
dalam segala urusan demi kebaikan negara dan tamadun.
Cipta Puisi Tema Ketamadunan
Wahai rakyat Malaysia ,
Bersatulah kita di atas bumi yang sama ,
Bersatulah kita di bawah pemimpin yang berwibawa,
Bersama kita menghayati nilai moral nenek moyang yang
bermakna,
Berteguh kita mempertahankan tamadun yang jaya.
Wahai rakyat Malaysia,
Marilah kita belajar ,
Menjadi orang yang berilmu dan disanjungi,
Membantu negara membangun dan bertamadun,
Agar berkembang pesat dan menjadi ikutan negara lain.
Wahai rakyat Malaysia,
Jangan anda lupakan agama,
Jangan anda tinggalkan moral dan ilmu,
Jangan anda taasub dengan kemewahan,
Jangan anda jatuh dalam najis dadah dan kekotoran.
Wahai rakyat Malaysia,
Bangkitlah daripada kemalasan,
Sedarilah tanggungjawab anda,
Anda bakal pemimpin negara ,
Membawa Malaysia menuju ke cahaya.
DAYA PERSEPSI
Pelbagai tuduhan dan tohmahan yang
menunjukkan agama Islam mempunyai kaitan
dengan keganasan bermula sejak peristiwa
serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat, di Washington dan New York pada 11 September 2001. Kebelakangan ini,
kemunculan IS telah dikatakan berunsurkan Islam. Namun, sebaran khabar-khabar
in, khususnya melalui media Barat tidak mempunyai bukti yang kukuh. Penguasaan
Barat terhadap media dan teknologi mereka yang moden mempercepat dan
memperluaskan sebahan tersebut,hal ini menyebabkan persepsi terhadap agama
Islam di mata dunia ini terjejas.
Berdasarkan
peristiwa-peristiwa keganasan yang berlaku dan khabar berita yang disebarkan
oleh pihak media , banyak pelajar UKM yang berbangsa Melayu menekankan bahawa
keganasan Islam tidak wujud, kerana agama Islam ialah agama yang suci dan tidak
sesekali mengajar umatnya untuk melakukan keganasan. Sebenarnya, perbuatan
kerosakan dan pembunuhan dilarang keras dalam agama Islam, dan Islam
mementingkan kedamaian dan ketenteraman. Salah faham pihak Barat terhadap Islam
amat menyakitkan hati pelajar-pelajar Melayu dan mereka berasa agama Islam
telah dicemarkan hasil tuduhan-tuduhan media Barat.
Bagi
pelajar-pelajar Cina pula, mereka berpendapat bahawa setiap agama mempunyai
penganut ekstrimistik yang mempunyai
fahaman yang salah terhadap ajaran agamanya. Mereka mempercayai bahawa kumpulan
yang melakukan keganasan merupakan penganut-penganut yang sesat agamanya, dan
mereka mempercayai agama Islam yang benar dan tulen tidak mempunyai kaitan
dengan keganasan. Selain itu, mereka menekankan bahawa tiada satu agama akan
mengajar penganutnya untuk membunuh dan bertindak ganas, hanyalah penganut yang
sesat sahaja yang bertindak sebegini. Hal ini berlaku mungkin kerana mereka
tiada pegangan yang kuat terhadap agama sendiri, sehingga memyebabkan mereka
mudah tertarik dengan ajaran sesat yang disebarkan.
Pelajar-pelajar
India turut mempercayai bahawa agama Islam tidak berhubung kait dengan
keganasan . Hal ini kerana Malaysia merupakan Negara Islam , namum pihak kerajaan
Malaysia telah melakukuan banyak aktiviti untuk memburu dan membanteras
pengikut-pengikut IS di Malaysia, mereka tidak membenarkan kegansan berlaku di
Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid pernah
berkata : Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan dan tidak akan
membiarkan sebarang bentuk tindakan itu berlaku sama ada di Malaysia atau di
mana-mana pun di dunia.
Pandangan
bangsa-bangsa lain turut sama dengan pandangan pelajar Melayu, Cina dan India
di mana agama Islam tidak boleh disebutkan bersama keganasan. Penganut-penganut
Islam di Malaysia bencikan keganasan dan sejak dari sekolah menengah, kami
telah diajar konsep-konsep Islam dan sejarah tamadun Islam, dimana masyarakat
jahilliyah telah ditransformasikan kepada masyarakat Islam yang bertamadun,
berpendidikan , baik hati dan prihatin melalui ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Oleh
itu , mereka yakin bahawa perkataan` keganasan Islam’ yang disebutkan oleh
pihak Barat adalah satu pembohongan dan ketidakadilan terhadap umat-umat Islam.
Secara
keseluruhannya, pelajar-pelajar UKM mempunyai fikiran yang matang dan tidak
mempercayai khabar-khabar media semata-mata. Pelajar-pelajar yang berlainan
agama, termasuklah mereka yang beragama Islam dapat berinterkasi dengan begitu
harmoni dan tiada pun keganasan yang pernah berlaku dalam kalangan mereka, hal
ini ternyatalah peganut-penganut Islam bukanlah pihak keganasan, malah mereka
pihak yang begitu prihatin dan baik hati. Melalui temu duga ini, saya mendapati
bahawa pelajar-pelajar UKM begitu saling mempercayai antara satu sama lain ,
dan mereka secara keseluruhannya membencikan keganasan. Pelajar-pelajar yang
bukan agama Islam turut mempunyai kayakinan yang tinggi dan begitu menyokong
bahawa Islam bukanlah keganasan. Saya terharu dengan kekuatan dan perpaduan
yang membentukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbagai
kaum. Melalui temuduga ini, saya juga mempelajari banyak ajaran Islam dan
konsep mereka yang menekankan kedamaian , dan saya berharap pihak kerajaan akan
melakukan lebih banyak langkah untuk menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama
yang begitu suci dan mulia agar dunia ini tidak mempunyai salah faham terhadap
agama Islam.
Releksi Ilmu
Ketamadunan
1. Masyarakat Malaysia harus mengamalkan sikap toleransi supaya hidup harmoni
dalam kalangan rakyat yang berlainan bangsa dan kaum.
2. Rakyat-rakyat Malaysia haruslah mempunyai pegangan agama yang kuat .
3. Rakyat Malaysia bersikap terbuka, mereka belajar dan berinteraksi dengan tamadun lain supaya terus maju dan dapat
mencapai taraf negara maju, agar tidak ketinggalan .
4. Rakyat Malaysia harus mempelajari dan menguasai Bahasa Negara iaitu Bahasa Malaysia agar
dapat berkomunikasi dengan efektif dan mengelakkan berlakunya salah faham dan
konflik .
5. Pemimpin Malaysia mewujudkan sistem perundangan yang teratur dan tersusun untuk mengawal dan
mendisiplinkan rakyat-rakyatnya.
6. Pemimpin Malaysia menerapkan pendidikan moral , sivik
dan agama dan pembelajaran supaya mewujudkan
masyaratkat yang mementingkan ilmu dan bukannya kebendaan.
7. Pemimpin Malaysia aktif membangunkan negara dan bandar agar masyarakat Malaysia maju
dan semua rakyat mencapai kehidupan
bandar.
8.Pemimpin Malaysia bersikap adil terhadap semua rakyat.
9. Pendidikan
diberi tekanan agar masyarakat yang berilmu , berakhlak mulia dan rasional
dilahirkan.
10. Pemimpin Malaysia mencungkil barat dan menghargai bakat-bakat rakyat Malaysia seperti
dalam bidang sukan, teknologi, seni bina, seni lukis dan sebagainya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Introduction
Blog ini ditubuhkan untuk menerangkan tentang KONSEP MASYARAKAT MAJMUK untuk kursus TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (LMCW 2163).
Disediakan oleh:
Kumpulan 8 Set 22
Fakulti Farmasi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Farmasi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Group Members (Set 22) [FFAR]
A156113 ONG QING HUN
A156213 WONG POH KUAN
A152863 NUR HAMIZAH BINTI HABIDEEN
A153108 NURAINA ATHIRA BINTI AHMAD SALWANIZAM
A153329 NUR HAFIZA BINTI MAAKIB
A153581 CHOO JING XUAN
A154353 NUR AIDA BINTI SEMPERNA
A153663 NURLIYANA NAJWA BINTI MAT NAWI
A153348 RAMAVISITHIRA A/P RAMASAMY
Labels
- group discussion (1)
- individual task (10)
- individual video (10)
- other (1)
- tugasan ifolio (10)

0 comments:
Post a Comment