Tugasan Ifolio

7:53:00 pm Ashiyan 0 Comments

NUR HAFIZA BINTI MAAKIB, A153329

Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learning dan perjumpaan dalam dewan kuliah, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Sistem pembelajaran dan pengajaran yang mampu melahirkan rakyat yang bukan sahaja tinggi dari segi ilmu pengetahuannya, malah dari segi sahsiah, pemikiran dan nilai murni.
2.Pencegahan dan pembenterasan jenayah yang mampu menurunkan kadar jenayah di dalam negara yang sangat berkesan dan sistematik.
3.Pengurangan kadar jumlah rakyat yang miskin atau yang didtindas dengan wujudnya beberapa bantuan yang diciptakan untuk membantu golongan-golongan tersebut agar tidak wujud jurang yang besar antara golongan atasan dan bawahan.
4.Pembentukan masyarakat yang sihat iaitu kehidupan yang bebas rasuah dan dadah.
5.Persaingan dan pembangunan ekonomi yang berdaya saing, adil dan dinamik.
6.Mewujudkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan dan menghayati lima rukun negara yang telah lama menjadi garis panduan kepada rakyat.
7.Pemikiran pemimpin dan rakyat yang terbuka dan luas serta berpandangan jauh dalam membuat sebarang mengeluarkan keputusan, melakukan sesuatu tindakan serta menerima pandangan.
8.Persediaan dari segi mental dan fizikal yang mantap dalam mengahadapi sebarang bencana alam, wabak atau serangan dari pihak luar dari segi pengaruh, peperangan atau pengaruh.
9.Hubungan diplomatik antara negara-negara jiran yang kuat dan utuh.
10.Sistem pemerintahan yang mengambil kira pandangan daripada semua pihak dan tidak berat sebelah serta mampu membantu rakyat dan negara untuk maju ke hadapan.


Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Melalui pandangan rakan saya yang berbangsa India, mereka menyatakan bahawa mereka percaya setiap agama tdak pernah mengajak penganutnya untuk membawa atau mengajak ke arah peperangan atau sesuatu peristiwa yang boleh menumpahkan darah tidak kira daripada penganutnya sendiri dan juga bukan penganutnya. Manakala, perkataan jihad pula,setelah saya menerangkan maksud jihad dalam bahasa, mereka berpendapat bahawa perjuangan yang dikerjakan atau diusahakan oleh setiap agama adalah tentunya untuk menegakkan keadilan dan untk mengekalkan keamanan dan bukannya untuk membawa kepada malapetaka.
Manakala mengikut pandangan salah seorang rakan saya yang berbangsa cina pula mengatakan bahawa kita tidak boleh membuat sesuatu pernyataan secara tiba-tiba tanpa sebarang usul dan bukti yang kukuh mengenai sesuatu perkara yang sensitif, terutamanya isu mengenai Islam sebagai agama pengganas. Mereka juga bersetuju dengan pepatah, 'kerana nila settik, rosak susu sebelanga'. Oleh itu, mereka bersependapat bahawa janganlah hanya sebuah kelompok yang membawa imej yang tidak baik, semua penganutnya dilabelkan sebagai perkara negatif tersebut.
Akhir sekali, berdasarkan rakan se-Islam saya, mereka kecewa dengan pandangan dunia terhadap Islam yang telah menghukum Islam sebagai pengganas atas sebab perbuatan sekelompok kecil umat Islam yang mengaku bahawa mereka memperjuangkan demi Islam sedangkan perbuatan mereka itu sangat bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Seperti agama yang lain seperti agama Kristian, Buddha dan Hindu dimana penganutnya hendaklah berbuat kepada semua orang. Begitu juga dengan Islam.


Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan
Ketamadunan,
bukan lagi nada yang asing,
pada para pahlawan yang merasai,
pahitnya kekalahan,
tawarnya harapan,
panasnya semangat,
manisnya kemenangan.

Ketamadunan,
tanpanya, tidak nampak tunasnya pembangunan,
tidak nampak kembangnya kemajuan,
tidak nampak tingginya nilai agama,
tidak nampak hasilnya pengorbanan,
tidak nampak cantiknya negara yang bertamadun.

Ketamadunan,
jangan hanya kita lihat,
sebagai satu cerita dongeng,
tetapi lihatlah ia,
sebagai satu garis panduan,
yang akan menentukan,
gelap dan cerahnya masa depan kita.


Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun?
Dari persepsi saya dan rakan-rakan saya, kami berpendapat bahawa, rakyat hendaklah bersatu padu, tidak kira apa jua latar belakang mereka, dalam memilih pemimpin yang betul dan tepat agar masa depan negara dan kehidupan yang mendatang lebih cerah dan terjamin. Bukan hanya pemimpin sahaja yang perlu berusaha membangunkan negara, tetapi rakyat juga hendaklah melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam mengukuhkan lagi struktur negara agar benteng negara kita tidak mudah runtuh diserang pihak luar atau mudah diceroboh oleh unsur-unsur atau budaya yang boleh membawa kepada kemunduran dan kejatuhan tamadun sesebuah negara itu.



0 comments: