Tugasan ifolio
Nuraina Athira bt Ahmad Salwanizam
A153108
Senaraikan 10 cara supaya Tamadun
Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan
lain-lain faktor.
Masyarakat Malaysia terdiri
daripada pelbagai jenis kaum dan etnik yang berbilang bangsa. Hal ini telah
menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang unik. Akan tetapi,
apabila hadirnya beberapa permasalahan yang berlaku antara masyakarat, ini akan
menyebabkan runtuhnya ketamadunan. Oleh itu, bagi mengekalkan Tamadun Malaysia,
setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mestilah lebih bersatu padu dalam
menangani masalah tidak kira dari aspek politik, sosial, ekonomi atau agama.
Masyarakat Malaysia perlu bijak dan proaktif dalam menangani sesuatu isu yang
timbul bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan pergaduhan. Selain
itu, sikap keterbukaan dan toleransi perlu diamalkan dalam diri setiap orang.
Sikap ini penting bagi menjamin kehidupan masyarakat yang lebih harmoni.
Seterusnya, semua masyarakat Malaysia haruslah mengamalkan serta mempraktikkan
lima rukun negara bagi meningkatkan lagi semangat cinta akan negara. Setiap
bangsa dan etnik di Malaysia mempunyai kepercayaan dan pegangan agama
masing-masing. Oleh hal yang demikian, sikap hormat-menghormati haruslah
dipupuk dalam diri setiap rakyat untuk mnubuhkan masyakat yang lebih harmoni.
Di samping itu, pentadbiran politik di negara Malaysia haruslah sentiasa stabil
bagi menjamin kedudukan dan keamanan negara. Hal ini demikian kerana faktor
pentadbiran politik memberi kesan yang amat mendalam bagi sesebuah negara atau
tamadun. Sekiranya hal ini tidak dapat dijaga, mungkin sejarah akan berulang.
Dalam pada itu, masyarakat yang berilmu akan mewujudkan tamadun yang lebih
berpengetahuan luas. Ilmu sangat meluas. Oleh itu, seseorang yang mempunyai
banyak ilmu akan lebih bijak berfikir dan berpandangan jauh. Di samping itu,
pelaksanaan undang-undang haruslah dilaksanakan secara telus bagi menjamin hak
dan keselamatan setiap rakyat Malaysia. Dengan wujudnya sistem undang-undang,
pengurusan negara akan lebih saksama dan teratur. Sistem pendidikan Malaysia
boleh dibaik pulih dengan melihat pembangunan sistem pendidikan negara maju.
Dengan itu, wujud lebih ramai golongan pemikir yang akan dapat memajukan negara
searas dengan neagara-negara maju yang lain. Dalam pada itu, masyarakat
Malaysia haruslah mempunyai sikap berdaya saing bagi melahirkan masyarakat yang
lebih berfikiran futuristik, kreatif dan inovatif. Akhir sekali, rakyat
Malaysia haruslah memupuk semangat patriotisme iaitu semangat cinta akan
negara. Kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh pada zaman dahulu.
Pejuangan tokoh-tokoh yang telah memperjuangkan kedamaian negara haruslah
dikenang kerana mereka telah memainkan peranan yang penting untuk keamanan
negara.
Berdasarkan temuduga kamu berkaitan
hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang
Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2
lain di Malaysia?
Orang
Melayu
Berdasarkan persepsi rakan melayu
di UKM yang telah di temu bual, mereka berpendapat bahawa setiap individu
mempunyai hak tersendiri untuk menganut agama dan mempunyai kepercayaan masing-masing.
Jihad yang dilakukan oleh orang islam bukanlah keganasan. Masyarakat barat
tidak sepatutnya mempunyai persepsi sebegitu kerana mungkin ada dikalangan
penganut agama islam yang melakukan kesilapan, akan tetapi bukan semua umat
islam berkelakuan sebegitu. Jihad bukanlah satu tindakan keganasan.
Orang
India
Masyarakat barat tidak
sepatutnya menonjolkan agama islam sebegitu kerana setahu mereka agama islam
bukan agama yang bersifat ganas. Beliau mempunyai ramai rakan yang beragama
islam. Sepanjang berkenalan, mereka semuanya baik-baik sahaja. Layanan mereka
terhadap beliau juga baik menyebabkan beliau berasa selesa untuk lebih rapat
dan kenal dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Oleh itu, adalah tidak
wajar untuk mengaitkan jihad masyarakat islam dengan keganasan.
Orang
Cina
Menurut temu bual bersama
rakan yang berbangsa cina, mereka sama sekali tidak menganggap bahawa agama
islam bertindak dengan keganasan. Hal ini kerana, Malaysia adalah negara yang berbilang
kaum, bangsa serta agama. Perbezaan agama tidak mencetuskan permasalahan dan
tiada keganasan yang berlaku di Malaysia. Oleh itu, tidak wajar untuk
menganggap agama islam bersifat ganas.
Kamu seorang sasterawan negara dan
dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada
dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris
sahaja.
Manusia
Mudah
lupa
Mudah
alpa
Hanyut
dibawa arus urbanisasi
Lemas
dalam kemewahan duniawi
Demi
agama, bangsa dan negara
Bangkitlah
wahai anak muda
Bangkitlah
membina negara
Usah
sia-siakan peluang yang ada
Sebelum
menyesal di kemudian hari
Bersatu
padulah mengorak langkah
Untuk
mencapai kemajuan negara
Meningkatkan
nama negara
Mengekalkan
kemerdekaan dan keamanan
Demi
masa hadapan negara tercinta
Dalam mana-mana tamadun, mesti ada
perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan
sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula
demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Perbezaan
pendapat adalah perkara yang biasa dalam sebuah masyarakat. Bahkan, antara
individu juga ada berlakunya perbezaan pendapat dari segi politik,agama serta
macam-macam lagi. Setelah berdiskusi bersama rakan-rakan, pelabagai idea yang
telah dapat dikeluarkan berdasarkan pandangan dan pendapat masing-masing.
Berdasarkan perbincangan yang telah dilakuan,
saya dapat konklusikan bahawa semua rakyat mestilah sentiasa bersatu padu untuk
menjamin keharmonian dan keamanan negara. Bak kata pepatah, bersatu teguh
bercerai roboh. Jelaslah dapat dilihat daripada situ bahawa kekuatan sesebuah
negara terletak pada kerjasama daripada seluruh rakyat.
Selain itu, seluruh rakyat mestilah lebih
bergabung tenaga dan kekuatan apabila menghadapi peperangan bagi melindungi
negara daripada dijajah. Hal ini telah dapat dilihat daripada perjuangan untuk
membebaskan negara kita daripada jajahan British. Peristiwa tersebut haruslah
menjadi tauladan kepada masyarakat Malaysia.

0 comments:
Post a Comment