Tugasan Ifolio
NURLIYANA NAJWA BINTI MAT NAWI A153663
Berdasarkan video-video
berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram, Open Learning
dan perjumpaan dalam dewan kuliah, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia
akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain
faktor.
1. Berpegang kepada agama atau sistem kepercayaan masing-masing.
2. Membangunkan dan memperbaiki penempatan manusia membentuk kota atau bandar yang maju.
3. Meningkatkan kualiti kehidupan untuk memanjangkan jangka hayat hidup manusia.
4. Mewujudkan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.
5. Menggunakan beberapa bahasa dengan sistem tulisan yang tersendiri bagi perantaraan komunikasi, perakam, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.
6. Mewujudkan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.
7. Meningkatkan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.
8. Mengembangkan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai estetika yang tersendiri.
9. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan berada dan miskin.
10. Menghapuskan penindasan dan kezaliman yang mengetepikan persoalan hak-hak kemanusiaan.
Sebahagian media Barat
cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan
Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari
rakan-rakan kamu di UKM, apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan
orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?
Jihad kini sering disalahertikan. Padahal perkataan jihad itu sangat mulia sebab ia datang dari Tuhan, dari Rasulullah dan dari ajaran Islam yang sangat indah. Jikalau jihad itu dapat dilaksanakan dengan tepat, maka lahirlah syiar yang indah dalam kehidupan.
Daripada pandangan pelbagai pihak, ramai orang menganggap jihad adalah jihad memerangi orang kafir. Padahal ini hanyalah salah satu dari bentuk dan jenis jihad kerana pengertian jihad lebih luas dari hal tersebut. Jihad adalah untuk menegakkan agama Islam di muka bumi ini, bukan untuk dendam peribadi atau sesetengah golongan.
Beberapa orang bersependapat bahawa barat dan media mereka bersikap prejudis dalam melaporkan berita yang berkaitan dengan keganasan. Tidak adil difikirkan apabila mereka cuba membela dan menyembunyikan keganasan golongan militan, komunis dan penceroboh seperti kezaliman regim Yahudi di Israel tetapi sebaliknya memperbesar isu berkaitan umat Islam. Penjihad dilihat sebagai pencetus keganasan serta anti Barat. Ini tidak berasas sama sekali. Islam menentang segala jenis keganasan dan bukanlah anti Barat. Hanya penganutnya yang berfahaman ekstrimis atau tidak memahami ajaran Islam sebenar yang memusuhi Barat.
Saya bersetuju dengan kenyataan yang menyatakan keganasan bukan sahaja boleh dinilai dalam bentuk serangan bersenjata, perampasan kuasa dan harta benda, tetapi juga dalam bentuk serangan terhadap ideologi kepercayaan dan ajaran sesuatu anutan keagamaan. Serangan sebegini lebih mudah berleluasa dalam bentuk penyebaran maklumat melalui media dan sistem komunikasi yang sememangnya tanpa kawalan dan sempadan pada masa kini.
Kamu
seorang sasterawan negara dan telah dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan
isu-isu ketamadunan, samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi
tersebut hanya dalam 10-15 baris sahaja.
Kini
Arus deras globalisasi
Proses kehidupan serba infiniti
Telah menjadi satu realiti
Pengaruh barat menguasai
Hilangnya jati diri
Dek kerana lama dijajahi
Berganti politik, sosial dan ekonomi
Pola pikir masyarakat dikuasai
Budaya, nilai, agama bukan lagi konvensi
Biarpun merdeka sudah digapai
Ideologi penjajah masih abadi
Dalam mana-mana
tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi
kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang
mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Kenyataan dan pendapat berbaur politik terus melanda negara. Percakaran dan perbalahan dalam politik yang membawa kepada ketaksuban di kalangan masyarakat sendiri. Ini mencabar kedudukan tamadun dan jika tidak ditangani dengan bijak, kekuatan tamadun akan hilang dan identiti tamadun akan terhakis sedikit demi sedikit di tanah air sendiri.
Kemelut politik melanda tamadun dikaitkan dengan wujudnya tidak sefahaman di kalangan masyarakat dalam menentukan kedudukan mereka dalam politik. Perebutan kuasa, politik wang dan hilangnya kerjasama di kalangan masyarakat dalam menjaga maruah tamadun akan menjejaskan kestabilan tamadun kerana terdetiknya rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat.
Jadi, pemimpin dan masyarakat sendiri tidak kira atas apa fahaman politik sekalipun mesti duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian agar kestabilan politik serta ekonomi dapat dinikmati bersama. Selain itu, pemimpin mestilah memainkan peranan dalam memperkasa semula bangsa dan kedudukan tamadun agar tidak mudah dicabar dan diperlekeh. Jentera parti sepatutnya menumpukan ke arah usaha menaikkan semula imej tamadun, mencari dan menilai kelemahan kemudian memperbaikinya supaya keyakinan masyarakat terhadap parti menjadi kuat.
Di pihak masyarakat pula, masyarakat mestilah bersatu untuk memikirkan kaedah terbaik untuk menjayakan semua kempen dan program berketamadunan supaya tamadun dapat terus dibangunkan dan keluhuran agama dapat dipelihara. Orang tua-tua ada mengatakan, ‘Seberkas lidi yang diikat tidak mudah dipatahkan tetapi lidi yang dilerai dari ikatan, sebatang demi sebatang senang dipatahkan’.

0 comments:
Post a Comment