Tugasan Ifolio
CHOO JING XUAN A153581KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN
Dalam sesuatu tamadun , sudah tentunya wujud
pelbagai parti politik yang mempunyai pendapat dan tuntutan yang berbeza demi
kekuatan sesebuah negara tersebut. Oleh kerana pegangan mereka yang berbeza,
persengketaan dan pergaduhan mudah berlaku di antara mereka. Demi masa depan
tamadun, mereka haruslah bersatu semula supaya dapat menyumbang kepada kemajuan
tamadun. Sebaliknya, sekiranya mereka memusuhi antara satu sama lain,
keruntuhan tamadun akan berlaku kerana rakyatnya yang tidak bersatu padu. Bak
kata pepetah : bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Dalam
menyatukan parti-parti politik yang berbeza, peranan pemimpin negara tersebut
tidak boleh diabaikan. Sebagai pemimpin Negara yang berwibawa, beliau haruslah
memastikan setiap parti politik itu tidak melampaui batas mereka. Mereka diberi
hak bersuara dan megemukakan pandangan mereka, namun dengan batasan tertentu. Isu-isu
sensitif yang akan membangkitkan kemarahan dan menjejaskan hubungan rakyat
perlu dielakkan. Pemimpin haruslah bersifat terbuka dan mengambil kira semua
pandangan dan pendapat semua parti politik kerana semua orang mempunyai fikiran
yang berbeza dan pendapat seseorang itu mungkin boleh dijadikan iktibar ,
pemimpin tidak seharusnya bersifat dominasi dan menganggap diri sendirinya sebagai
yang terunggul dalam satu tamadun itu. Selain itu, pemimpin harus mengambil
kira kepentingan semua rakyat dalam menyediakan prasarana dan infrastruktur
kepada rakyatnya serta kebajikan yang diberikan kepada mereka. Sikap pilih
kasih dan mementingkan salah satu parti politik sahaja tidak harus wujud, hal
ini adalah untuk mengelakkan parti-parti politik yang lain berasa terpinggir
sehingga mencetuskan pergaduhan dan rusuhan yang menjejaskan keamanan negara
dan tamadun itu.
Di
samping itu , pemimpin-pemimpin negara digalakkan berinteraksi dan belajar
antara satu sama lain. Pemimpin harus menyerap unsur-unsur positif dan
mengintegrasikannyaa dalam politik negara tersendiri. Dengan adanya pertukaran
informasi dan pembelajaran, Negara itu akan berkembang maju dan diperkuatkan,
hal ini menyumbang kepada kekuatan tamadun. Sejak dari dahulu lagi , tamadun
Islam telah berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, mereka bersikap terbuka
dan saling mempelajari untuk mengukuhkan tamadun masing-masing
Tambahan
lagi, agama turut memainkan peranan yang penting dalam menyatukan parti-parti
politik dalan sesebuah tamadun. Dengan pegangan agama yang kukuh , mereka akan
menyuarakan pendapat dan tuntutan mereka melalui saluran yang betul, bukan
melalui cara yang ekstremis dan keji sehingga menimbulkan kekecohan. Agama
membentuk masyarakat yang berdisiplin, tidak melakukan keganasan, prihatin dan
berbuat baik terhadap semua manusia, binatang dan alam. Agama juga teras kepada
keutuhan sesebuah tamadun, keruntuhan tamadun berlaku apabila masyarakatnya
sesat dan mengabaikan agama.
Akhir
sekali , pendidikan penting untuk menyatukan parti-parti politik agar mereka
tidak menimbulkan kekecohan kepada negara dan tamdun itu. Melalui pendidikan,
masyarakat yang berilmu akan terbentuk. Mereka bersifat intelektual dan bukan
menggunakan keganasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masyarakat yang
berilmu dan berpendidikan menggunakan ilmu mereka untuk menyuarakan perasaan
dan pemikiran untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang wujud dapat
diselesaikan dengan cara yang harmoni hasil daripada pemikiran yang matang dan
rasional.
Konklusinya,
perpaduan dan toleransi rakyat terak keamanan dan kekuatan negara yang akan
menyumbang kepada tamdun yang kukuh dan stabil. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab,
kita haruslah selalu mempraktikan sikap toleransi, empati dan berfikiran matang
dalam segala urusan demi kebaikan negara dan tamadun.
Cipta Puisi Tema Ketamadunan
Wahai rakyat Malaysia ,
Bersatulah kita di atas bumi yang sama ,
Bersatulah kita di bawah pemimpin yang berwibawa,
Bersama kita menghayati nilai moral nenek moyang yang
bermakna,
Berteguh kita mempertahankan tamadun yang jaya.
Wahai rakyat Malaysia,
Marilah kita belajar ,
Menjadi orang yang berilmu dan disanjungi,
Membantu negara membangun dan bertamadun,
Agar berkembang pesat dan menjadi ikutan negara lain.
Wahai rakyat Malaysia,
Jangan anda lupakan agama,
Jangan anda tinggalkan moral dan ilmu,
Jangan anda taasub dengan kemewahan,
Jangan anda jatuh dalam najis dadah dan kekotoran.
Wahai rakyat Malaysia,
Bangkitlah daripada kemalasan,
Sedarilah tanggungjawab anda,
Anda bakal pemimpin negara ,
Membawa Malaysia menuju ke cahaya.
DAYA PERSEPSI
Pelbagai tuduhan dan tohmahan yang
menunjukkan agama Islam mempunyai kaitan
dengan keganasan bermula sejak peristiwa
serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat, di Washington dan New York pada 11 September 2001. Kebelakangan ini,
kemunculan IS telah dikatakan berunsurkan Islam. Namun, sebaran khabar-khabar
in, khususnya melalui media Barat tidak mempunyai bukti yang kukuh. Penguasaan
Barat terhadap media dan teknologi mereka yang moden mempercepat dan
memperluaskan sebahan tersebut,hal ini menyebabkan persepsi terhadap agama
Islam di mata dunia ini terjejas.
Berdasarkan
peristiwa-peristiwa keganasan yang berlaku dan khabar berita yang disebarkan
oleh pihak media , banyak pelajar UKM yang berbangsa Melayu menekankan bahawa
keganasan Islam tidak wujud, kerana agama Islam ialah agama yang suci dan tidak
sesekali mengajar umatnya untuk melakukan keganasan. Sebenarnya, perbuatan
kerosakan dan pembunuhan dilarang keras dalam agama Islam, dan Islam
mementingkan kedamaian dan ketenteraman. Salah faham pihak Barat terhadap Islam
amat menyakitkan hati pelajar-pelajar Melayu dan mereka berasa agama Islam
telah dicemarkan hasil tuduhan-tuduhan media Barat.
Bagi
pelajar-pelajar Cina pula, mereka berpendapat bahawa setiap agama mempunyai
penganut ekstrimistik yang mempunyai
fahaman yang salah terhadap ajaran agamanya. Mereka mempercayai bahawa kumpulan
yang melakukan keganasan merupakan penganut-penganut yang sesat agamanya, dan
mereka mempercayai agama Islam yang benar dan tulen tidak mempunyai kaitan
dengan keganasan. Selain itu, mereka menekankan bahawa tiada satu agama akan
mengajar penganutnya untuk membunuh dan bertindak ganas, hanyalah penganut yang
sesat sahaja yang bertindak sebegini. Hal ini berlaku mungkin kerana mereka
tiada pegangan yang kuat terhadap agama sendiri, sehingga memyebabkan mereka
mudah tertarik dengan ajaran sesat yang disebarkan.
Pelajar-pelajar
India turut mempercayai bahawa agama Islam tidak berhubung kait dengan
keganasan . Hal ini kerana Malaysia merupakan Negara Islam , namum pihak kerajaan
Malaysia telah melakukuan banyak aktiviti untuk memburu dan membanteras
pengikut-pengikut IS di Malaysia, mereka tidak membenarkan kegansan berlaku di
Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid pernah
berkata : Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan dan tidak akan
membiarkan sebarang bentuk tindakan itu berlaku sama ada di Malaysia atau di
mana-mana pun di dunia.
Pandangan
bangsa-bangsa lain turut sama dengan pandangan pelajar Melayu, Cina dan India
di mana agama Islam tidak boleh disebutkan bersama keganasan. Penganut-penganut
Islam di Malaysia bencikan keganasan dan sejak dari sekolah menengah, kami
telah diajar konsep-konsep Islam dan sejarah tamadun Islam, dimana masyarakat
jahilliyah telah ditransformasikan kepada masyarakat Islam yang bertamadun,
berpendidikan , baik hati dan prihatin melalui ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Oleh
itu , mereka yakin bahawa perkataan` keganasan Islam’ yang disebutkan oleh
pihak Barat adalah satu pembohongan dan ketidakadilan terhadap umat-umat Islam.
Secara
keseluruhannya, pelajar-pelajar UKM mempunyai fikiran yang matang dan tidak
mempercayai khabar-khabar media semata-mata. Pelajar-pelajar yang berlainan
agama, termasuklah mereka yang beragama Islam dapat berinterkasi dengan begitu
harmoni dan tiada pun keganasan yang pernah berlaku dalam kalangan mereka, hal
ini ternyatalah peganut-penganut Islam bukanlah pihak keganasan, malah mereka
pihak yang begitu prihatin dan baik hati. Melalui temu duga ini, saya mendapati
bahawa pelajar-pelajar UKM begitu saling mempercayai antara satu sama lain ,
dan mereka secara keseluruhannya membencikan keganasan. Pelajar-pelajar yang
bukan agama Islam turut mempunyai kayakinan yang tinggi dan begitu menyokong
bahawa Islam bukanlah keganasan. Saya terharu dengan kekuatan dan perpaduan
yang membentukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbagai
kaum. Melalui temuduga ini, saya juga mempelajari banyak ajaran Islam dan
konsep mereka yang menekankan kedamaian , dan saya berharap pihak kerajaan akan
melakukan lebih banyak langkah untuk menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama
yang begitu suci dan mulia agar dunia ini tidak mempunyai salah faham terhadap
agama Islam.
Releksi Ilmu
Ketamadunan
1. Masyarakat Malaysia harus mengamalkan sikap toleransi supaya hidup harmoni
dalam kalangan rakyat yang berlainan bangsa dan kaum.
2. Rakyat-rakyat Malaysia haruslah mempunyai pegangan agama yang kuat .
3. Rakyat Malaysia bersikap terbuka, mereka belajar dan berinteraksi dengan tamadun lain supaya terus maju dan dapat
mencapai taraf negara maju, agar tidak ketinggalan .
4. Rakyat Malaysia harus mempelajari dan menguasai Bahasa Negara iaitu Bahasa Malaysia agar
dapat berkomunikasi dengan efektif dan mengelakkan berlakunya salah faham dan
konflik .
5. Pemimpin Malaysia mewujudkan sistem perundangan yang teratur dan tersusun untuk mengawal dan
mendisiplinkan rakyat-rakyatnya.
6. Pemimpin Malaysia menerapkan pendidikan moral , sivik
dan agama dan pembelajaran supaya mewujudkan
masyaratkat yang mementingkan ilmu dan bukannya kebendaan.
7. Pemimpin Malaysia aktif membangunkan negara dan bandar agar masyarakat Malaysia maju
dan semua rakyat mencapai kehidupan
bandar.
8.Pemimpin Malaysia bersikap adil terhadap semua rakyat.
9. Pendidikan
diberi tekanan agar masyarakat yang berilmu , berakhlak mulia dan rasional
dilahirkan.
10. Pemimpin Malaysia mencungkil barat dan menghargai bakat-bakat rakyat Malaysia seperti
dalam bidang sukan, teknologi, seni bina, seni lukis dan sebagainya.

0 comments:
Post a Comment