Tugasan IFolio

12:47:00 am Ramavisithira Ramasamy 0 Comments

RAMAVISITHIRA A/P RAMASAMY
A153348



Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram, Open Learning dan perjumpaan dalam dewan kuliah, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

1) Sentiasa berusaha untuk meningkatkan jati diri dan mempumpunyai daya juang yang tinggi dalam menjaga serta mempertahankan keamanan tamadun. 

2) Berpegang teguh pada agama dan kepercayaan masing-masing agar dapat membentuk perilaku, tindakan dan kehidupan seseorang atau masyarakat dengan baik.

3) Memperteguhkan lagi sistem organisasi dalam setiap bidang terutamanya dalam badan pimpinan negara agar kualiti hidup bermasyarakat dapat dipertingkatkan.

4) Melahirkan dan meningkatkan daya pemikiran, kreativiti dan reka cipta masyarakat dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.

5) Sentiasa bersikap adil dalam apa jua yang dilakukan dan mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin agar dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.

6) Memilih pemimpin yang berwibawa, bertanggungjawab dan yang boleh memimpin rakyat dan negara dengan baik dan sekaligus membawa kemajuaan kepada negara.

7) Rakyat hidup bersatu padu dengan mempraktikkan sifat tolak ansur dan mengamalkan sifat perpaduan antara kaum tanpa sebarang masalah dan perselisihan faham.

8) Penguatkuasaan undang-undang dan perlembangaan negara agar rakyat lebih menghayati dan mematuhi undang-undang tersebut dalam apa jua yang dilakukan berkaitan negara.

9) Meningkatkan sistem pendidikan negara agar dapat melahirkan lebih ramai rakyat yang berpelajaran tinggi dan bakal menjadi pemimpin negara yang berkaliber sekaligus meningkatkan status serta memajukan negara.

10) Meningkatkan imej dan ekonomi negara dengan mengalakkan pelancongan negara seta mengukuhkan lagi hubungan baik negara dengan negara lain terutamanya negara-negara jiran dengan menjalankan perdagangan dengan negara-negara tersebut.


    Sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM, apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?


                   Secara umumnya, perkataan jihad berasal daripada perkataan Arab iaitu Jihadun. Kata dasarnya ialah jahada, yang bererti berusaha keras atau bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Beberapa perkataan lain juga timbul dari perkataan tersebut seperti Ajhada, bererti membebani lebih daripada kekuatannya dan Ijtihad, yang bermaksud bekerja dengan bersungguh-sungguh. Maksud jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri mahupaun di luar diri.

                   Dalam Islam pula, Jihad bermaksud berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar Mujahid. Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia iaitu menegakkan Din (agama) Allah atau menjaga Din tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran. Jihad yang dilaksanakan oleh Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di bumi.

           Orang Melayu mengaitkan perkataan jihad dengan maksudnya yang berdasarkan agama Islam. Mereka percaya bahawa jihad yang diwarisi sejak dulu membawa maksud yang baik dan positif serta sentiasa mempraktikkan amalan tersebut dalam hidup mereka. Mereka sangat taat kepada agama Islam dan percaya bahawa maksud sebenar jihad ialah mengikut Islam dan menafikan tangapan orang Barat terhadap perkataan tersebut.

                  Selain itu, pandangan orang Cina dan bangsa-bangsa lain terhadap jihad ialah mereka mempunyai anggapan yang baik terhadap perkataan tersebut. Mereka menghormati agama Islam sebagai salah satu agama utama di Malaysia dan juga tidak ingin mengaitkan perkataan jihad dengan keganasan kerana mereka faham maksud sebenarnya dengan baik.



               Akhirnya, orang Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain di Malaysia ingin juga mempraktikkan amalan jihad iaitu berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam aktiviti seharian mereka agar dapat hidup dengan aman damai dan meningkatkan taraf hidup mereka lagi. 



    Kamu seorang sasterawan negara dan telah dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan, samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya dalam 10-15 baris sahaja.


    TAMADUN

               Wahai tamadun
    Yang memberi erti kepada hidupku
    Dan setiap insan di dunia ini
    Dengan penuh jasa abadi
    Ku bangga dengan mu

    Kau menjadi contoh kepada kami
    Agar menjadi insan berilmu
    Berakhlak mulia
    Bertanggungjawab
    Mempunyai agama dan bangsa

    Aku bersyukur dengan kehadiran mu
    Tanpa mu dimanalah aku
    Tanpa pengangan dan prinsip
    Menjadi lalang yang tidak berguna
               Terima kasih kerana hadir dalam hidupku




    Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

    Perbezaan pendapat antara pelbagai parti politik dalam sesebuah negara adalah bukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Perbezaan pendapat selalunya berlaku kerana setiap parti politik dalam sesuatu negara tersebut mempunyai pemikiran, amalan and prinsip-prinsip mereka tersendiri yang selalunya tidak sama antara satu sama lain dan ini secara tidak langsung akan menimbulkan perselisihan faham antara parti-parti politik tertentu dan juga rakyat yang menjadi penyokong sejati parti-parti tersebut. Keharmonian negara juga turut boleh terjejas akibat masalah tersebut.
    Oleh itu, kita haruslah mula berusaha ke arah menyatukan semula semua orang demi masa depan tamadun. Kita, sebagai rakyat yang prihatin harus sentiasa mempraktikkan sifat tolak ansur dan mengutamakan perpaduan antara kaum dalam apa jua perkara yang dilakukan. Sifat perpaduan antara kaum penting kerana jika sifat itu diamalkan, setiap rakyat akan merasakan diri mereka penting dalam kemajuan negara dan sekaligus akan mula hidup bersatu padu demi keamanan negara. Selain itu, rakyat juga harus sentiasa bersikap saksama dan tidak berat sebelah dalam memilih pemimpin yang sesuai bagi negara agar pimpinan negara dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

              Di samping itu, semua orang termasuk rakyat biasa, pemimpin parti politik dan juga pemimpin negara harus mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan negara bagi memelihara dan mengekalkan kedamaian negara. Undang-undang juga harus dipatuhi agar kadar jenayah dalam negara dan peluang negara dijajah oleh negara lain dapat dikurangkan ataupun dielakkan. Setiap rakyat juga mestilah sentiasa menjaga nama baik dan imej negara dalam apa jua yang dilakukan dalam negara mahupaun di luar negara.

         Akhirnya, pemimpin-pemimpin parti politik dan negara harus sentiasa mengamalkan cara diplomasi dalam setiap perkara yang dilakukan. Perbincangan tentang sesuatu perkara yang berkaitan negara haruslah melibatkan semua orang. Pemikiran matang dan pengamalan cara bermusyawarah bagi mendapat kata sepakat harus dipraktikkan supaya setiap orang yang berkaitan dapat menyuarakan pendapat mereka sebelum sebarang keputusan diambil. Rakyat, pemimpin-pemimpin parti politik dan pemimpin negara digalakkan untuk sentiasa berfikiran terbuka apabila membuat sesuatu berkaitan kemajuan dan kedamaian negara.


    0 comments: