Tugasan Ifolio

1:50:00 pm Unknown 0 Comments

ONG QING HUN A156113

Task: REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
  1. 1. Mengekalkan tradisi-tradisi kemasyarakatan seperti sumber-sumber dan bangunan-bangunan yang berserajarah supaya generasi yang baru akan mengetahui pengajaran daripada nenek moyang dan tidak akan berlaku kesalahan yang berulangan.
  2. 2. Mengukuhkan komunikasi masyarakat dengan memupukan program minggu Bahasa seperti Bahasa Malaysia di kalangan pelajar bersekolahan. “Meletur buluh biarlah darirebungnya”, dengan ini pelajar-pelajar boleh lebih memahami dan berinteraksi dengan kawan-kawan berbilang kaum dan mempertingkatan tahap berkomunikasi antara kaum.
  3. 3. Perlantikan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan adat kepada negara daripada pelbagai kaum dan mewujudkan satu parlimen yang akan membawa kecanggihan dan kecemerlangan kepada kerajaan Malaysia supaya dapat kepercayaan yang kukuh daripada rakyat Malaysia.
  4. 4. Meningkatkan tahap kesihatan Malaysia dengan  belajar system kesihatan negara yang moden dan cuba menaikkan taraf kemudahan kesihatan seperti kemudahan pembedahan, sistem pelajaran dan lain-lain.
  5. 5. Dari faktor politik, rakyat Malaysia mestilah diwajibkan menjalankan tugasan sebagai pengundi untuk pilihan raya kerajaan Malaysia supaya melantikan pemimpin bersesuaian yang mementingkan kebajikan dan keperluan rakyat ddan negara. Jadi, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang kukuh ditahan oleh rakyat Malaysia dan tidak akan jatuh maruah negara.
  6. 6. Mengadakan kempen perpaduan Malaysia dengan menjalankan pertandingan berpidato, melukis poster, bergotong-royong di kalangan pelajar bersekolahan supaya memastikan generasi baru berlatih nilai-nilai yang murni dan berpegang semangat perpaduan dalam kehidupan mereka.
  7. 7. Melalui pendidikan, generasi yang akan dating akan diajarkan dengan konsep semangat  patriotik dengan sejarah yang lebih fokus dalam bagaimana pewira-pewirawati dalam perjuangan membebaskan Malaysia daripada penjajah dengan sifat moral dan pengamalan sivik dalam kehidupan mereka. Oleh itu, generasi baru akan memafami konsep perpaduan dan sentiasa diingatkan dalam falsafah hidup mereka.
  8. 8. Menggalakkan pelancongan Malaysia dengan mempromosikan lebih banyak pakej cuti-cuti Malaysia kepada luar negara untuk mengharumkan imej dan nama Malaysia serta meningkatkan kegiatan ekonomi Malaysia.   
  9. 9. Mencipta lagu perpaduan yang baru dan sentiasa disiarkan dalam social media ataupun menjadikan lagu tersebut dalam perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan agar rakyat Malaysia akan berasa bangga dan mumupuk semangat patriotic.
  10. 10. Kerajaan harus mengadakan lebih banyak aktiviti sukan karnival kepada rakyat Malaysia. Sukan ialah sesuatu program yang dapat mengeratkan hubungan selaturahim antara rakyat sebabnya melalui sukan rakyat Malaysia akan mengamalkan bekerjasama untuk mendapatkan kejohanan dalam setiap permainan.
Task: DAYA PERSEPSI
Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan
dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?
Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Perkataan "jihad ' dalam Bahasa Malaysia berasal dari perkataan yang sarna dalam Bahasa Arab, iaitu "jihad". Dalam penggunaan biasa, ia bererti melakukan sesuatu dengan sesungguhnyal atau boleh disebut sebagai gigih dan dedikasi. ''Jihad'' lebih biasa digunakan dalam konteks perjuangan. Sebahagian daripada jihad memberi erti berjuang pada jalan Allah dan mempertahankan agama Islam secara umum dalam al-Quran. Dari pandangan orang beragama Islam, mereka percaya dan taat kepada agama. Pada era globalisasi ini, minda rakyat yang beragama Islam juga semakin matang dan  moden. Mereka akan mengamalkan sifat jihad dalam aktiviti seharian contohnya  bidang akademik, perkerjaan dan keluarga.

Dari perspektif sebagai bangsa bukan beragama Islam, saya sanggup menghormati dan memahami kitab-kitab dan pengajaran yang diwaris oleh nenek moyang daripada agama Islam. Setiap agama cuba mengajar dan membentuk individu yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia dalam kehidupan mereka. Saya berasa sanggup berjuang untuk mencapai kejayaan dalam impian kita bukannya salah satu sikap yang ganas. Tetapi kalau seseorang menggunakan cara yang hina untuk mendapatkan sesuatu dianggap sebagai tindakan yang tidak sepatutnya dan mudah dipandang remeh oleh orang lain. Perbuatan tersebut tidak dapat disetujuhi oleh orang lain dan mungkin kekeliruan masyarakat akan timbul. Sebagai konklusinya, saya percayalah dengan merujuk sejarah nenek moyang kita, kita tidak akan mengulang kali kesalahan yang telah dibuat oleh nenek moyang serta mewujudkan sebuah masyarakat yang majmuk.

Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.
 Wajah Sebenar
Dulu, kau yang selalu beritahu
Jangan lupakan identiti kita
Sebagai seorang pewira yang berani
Mestilah mempertahankan tamadun kita

Dulu, kau ialah emakku
Harta asas kepada keluargaku
Pelihara adat insan yang murni
Jauhkan dari perjalanan keturunan

Dulu, kau bukan ganas
Hanya ikut kitab agama
Ajar kita toleransi dan fikir terbuka
Pastikan tamadun aman dan damai


Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Setiap insan mempunyai minda serta fikiran yang unik dan perbezaan. Kita tidak memiliki hak untuk menukar fikiran seseorang dengan sesuka hati. Kita hanya boleh mengeluarkan suara untuk memberikan sokongan terhadap pendapat ataupun membantah pendapat dan memberikan pandangan yang lebih elok. Hal ini penting untuk menjamin kemajuan dan kesejahteraan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.
Jadi, dalam phenomena ini, pemimpin-pemimpin parti politik mematuhi dan mempercayai prinsip-prinsip yang mereka berasa akan membawa manfaat kepada negara sendiri. Walaubagaimanapun, selalunya perbezaan akan berlaku antara parti-parti dan mewujudkan kesalahpahaman . Kesannya akan mengakibatkan masyarakat berada dalam kekeliruan. Untuk menyelesaikan masalah kerap ditumbul, para pemimpin parti politik haruslah berfikir matang dan tidak melibatkan keselamatan dan kebajikan rakyat. Para pemimpin sepatutnya mengadakan persidangan untuk memmbincangkan isu-isu yang berkaitan dengan minat negara sehingganya diterima sebulat suara oleh kedua-dua pihak. Sebagai contoh yang buruk, Perhimpunan Bersih yang selalunya diadakan sebelum pilihanraya Malaysia. Perhimpunan ini bertindak suatu pemberontokan bagi menonjolkan kemerosotan kerajaan dan merayu rakyat menunjukkan sikap  tidak puas hati kepada kerajaan. Kes ini akan membawa banyak impak kepada negara seperti kemerosotan ekonomi kerajaan, imej negara terjatuh, sector pelancongan akan dikurangkan, keamanan negara akan terjejas dan lain-lain. Oleh itu, rakyat Malaysia juga memainkan peranan yang penting dengan sentiasa berfikir dengan rasional agar dapat memikirkan kesan-kesan buruk kalau melakukansebaranngan kegiatan yang akan mempengaruhi kemajuan negara. Para pemimpin mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan sebelum membuat keputusan kerana para pemimpin merupakan kunci ke arah kejayaan negara. Manakala, rakyat sewajarnya memilih pemimpin yang bersesuai untuk mentadbir kerajaan Malaysia walaupun pendapat berbeza tetapi semua pihak bertujuan untuk membawa faedah kepada negara. Jadi, para pemimpin sila cuba mengamalkan sifat bertolak ansur and bersabar semasa perbincangan dengan memasang telinga untuk mendengar pendapat orang lain dan memberi pendapat sendiri dengan hati yang ikhlas serta cara yang bersopan.



0 comments: