Individual video

6:48:00 am نورعينا اثيرا 0 Comments



0 comments:

Individual Video

3:29:00 pm Unknown 0 Comments

Nama: Nur Hamizah Binti Habideen
No. matrik: A152863
Fakulti: FFar/2
Tajuk: Pengenalan Konsep Masyarakat Majmuk
Kumpulan; Titas set 22 (Kumpulan 8)



0 comments:

Tugasan Ifolio

7:53:00 pm Ashiyan 0 Comments

NUR HAFIZA BINTI MAAKIB, A153329

Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learning dan perjumpaan dalam dewan kuliah, senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
1. Sistem pembelajaran dan pengajaran yang mampu melahirkan rakyat yang bukan sahaja tinggi dari segi ilmu pengetahuannya, malah dari segi sahsiah, pemikiran dan nilai murni.
2.Pencegahan dan pembenterasan jenayah yang mampu menurunkan kadar jenayah di dalam negara yang sangat berkesan dan sistematik.
3.Pengurangan kadar jumlah rakyat yang miskin atau yang didtindas dengan wujudnya beberapa bantuan yang diciptakan untuk membantu golongan-golongan tersebut agar tidak wujud jurang yang besar antara golongan atasan dan bawahan.
4.Pembentukan masyarakat yang sihat iaitu kehidupan yang bebas rasuah dan dadah.
5.Persaingan dan pembangunan ekonomi yang berdaya saing, adil dan dinamik.
6.Mewujudkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan dan menghayati lima rukun negara yang telah lama menjadi garis panduan kepada rakyat.
7.Pemikiran pemimpin dan rakyat yang terbuka dan luas serta berpandangan jauh dalam membuat sebarang mengeluarkan keputusan, melakukan sesuatu tindakan serta menerima pandangan.
8.Persediaan dari segi mental dan fizikal yang mantap dalam mengahadapi sebarang bencana alam, wabak atau serangan dari pihak luar dari segi pengaruh, peperangan atau pengaruh.
9.Hubungan diplomatik antara negara-negara jiran yang kuat dan utuh.
10.Sistem pemerintahan yang mengambil kira pandangan daripada semua pihak dan tidak berat sebelah serta mampu membantu rakyat dan negara untuk maju ke hadapan.


Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Melalui pandangan rakan saya yang berbangsa India, mereka menyatakan bahawa mereka percaya setiap agama tdak pernah mengajak penganutnya untuk membawa atau mengajak ke arah peperangan atau sesuatu peristiwa yang boleh menumpahkan darah tidak kira daripada penganutnya sendiri dan juga bukan penganutnya. Manakala, perkataan jihad pula,setelah saya menerangkan maksud jihad dalam bahasa, mereka berpendapat bahawa perjuangan yang dikerjakan atau diusahakan oleh setiap agama adalah tentunya untuk menegakkan keadilan dan untk mengekalkan keamanan dan bukannya untuk membawa kepada malapetaka.
Manakala mengikut pandangan salah seorang rakan saya yang berbangsa cina pula mengatakan bahawa kita tidak boleh membuat sesuatu pernyataan secara tiba-tiba tanpa sebarang usul dan bukti yang kukuh mengenai sesuatu perkara yang sensitif, terutamanya isu mengenai Islam sebagai agama pengganas. Mereka juga bersetuju dengan pepatah, 'kerana nila settik, rosak susu sebelanga'. Oleh itu, mereka bersependapat bahawa janganlah hanya sebuah kelompok yang membawa imej yang tidak baik, semua penganutnya dilabelkan sebagai perkara negatif tersebut.
Akhir sekali, berdasarkan rakan se-Islam saya, mereka kecewa dengan pandangan dunia terhadap Islam yang telah menghukum Islam sebagai pengganas atas sebab perbuatan sekelompok kecil umat Islam yang mengaku bahawa mereka memperjuangkan demi Islam sedangkan perbuatan mereka itu sangat bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Seperti agama yang lain seperti agama Kristian, Buddha dan Hindu dimana penganutnya hendaklah berbuat kepada semua orang. Begitu juga dengan Islam.


Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan
Ketamadunan,
bukan lagi nada yang asing,
pada para pahlawan yang merasai,
pahitnya kekalahan,
tawarnya harapan,
panasnya semangat,
manisnya kemenangan.

Ketamadunan,
tanpanya, tidak nampak tunasnya pembangunan,
tidak nampak kembangnya kemajuan,
tidak nampak tingginya nilai agama,
tidak nampak hasilnya pengorbanan,
tidak nampak cantiknya negara yang bertamadun.

Ketamadunan,
jangan hanya kita lihat,
sebagai satu cerita dongeng,
tetapi lihatlah ia,
sebagai satu garis panduan,
yang akan menentukan,
gelap dan cerahnya masa depan kita.


Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun?
Dari persepsi saya dan rakan-rakan saya, kami berpendapat bahawa, rakyat hendaklah bersatu padu, tidak kira apa jua latar belakang mereka, dalam memilih pemimpin yang betul dan tepat agar masa depan negara dan kehidupan yang mendatang lebih cerah dan terjamin. Bukan hanya pemimpin sahaja yang perlu berusaha membangunkan negara, tetapi rakyat juga hendaklah melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam mengukuhkan lagi struktur negara agar benteng negara kita tidak mudah runtuh diserang pihak luar atau mudah diceroboh oleh unsur-unsur atau budaya yang boleh membawa kepada kemunduran dan kejatuhan tamadun sesebuah negara itu.



0 comments:

Individual Video

6:43:00 pm Ashiyan 0 Comments


 
NUR HAFIZA BINTI MAAKIB, A153329
RAS DAN BUDAYA MASYARAKAT MAJMUK

0 comments:

Tugasan Ifolio

12:20:00 am Nur Aida Semperna 0 Comments

NUR AIDA BINTI SEMPERNA A154353 

REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN
Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig
dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan
lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

     1.        Berpegang teguh kepada agama dan sistem keparcayaan masing-masing.
2.      Mewujudkan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang lebih sempurna dan teratur.
3.      Mewujudkan sistem perundangan yang teratur.
4.      Mewujudkan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan ekonomi.
5.      Masyarakat perlu hidup bersatu padu.
6.      Mengekalkan ekonomi yang stabil
7.      Mengamalkan politik yang stabil.
8.      Berkemahiran dalam teknologi
9.      Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi
10. 
Masyarakat perlu mempunyai sifat patrioritik akan Negara
    
      DAYA PERSEPSI
Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan
dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik
dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia?
Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?

         Jihad dalam Al-Quran dan Hadis Al-Quran banyak menjelaskan konsep jihad dan peperangan (qital) dalam pelbagai sudut perbincangan. Terdapat lebih daripada 170 ayat dalam al-Quran yang membincangkan tentang perkara ini dalam berbagai-bagai tema. Antara tema yang dibincangkan berkaitan dengan semangat dan hukum jihad, halangan untuk berjihad, kewaspadaan terhadp musuh, peraturan semasa berperang, tawanan perang dan harta rampasanya, keenganan berperang, dan kisah peperangan. Antara ayat al-Quran yang menyeru kepada berjihad dan kebaikannya di sisi Allah S.W.T adalah dalam firmannya yang bermaksud: “berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah yang terbaik bagimu jika kamu mengetahuinya” Begitu juga dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada meraka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik”. Penganut Islam harus mengetahui bahawa jihad dengan jiwa atau harta yang disyaratkan dalam Al-Quran haruslah di jalan Allah dan dengan tujuan untuk meninggikan kalimah Allah dan juga untuk menyebarkan agama Islam. Konsep Jihad (bahasa Arab )جهاد merupakan satu konsep dan tuntutan dalam Islam yang agak polemik dan kontroversi serta isu yang sensitif di kalangan masyarakat dunia pada masa kini. Perkataan Jihad iaitu berbunyi ‘jahada’ yang bererti gigih berusaha dengan sepenuh jiwa raga sehingga mencapai matlamat jaya di jalan Allah (fi sabilillah). 
Menurut pandangan masyarakat cina, india dan bangsa-bangsa lain. Mereka tidak menyalah ertikan konsep jihad itu sendiri yang dipolimikkan oleh masyakat barat kononya jihad itu adalah pembunuhan dan peperangan semata-mata. Hal ini demikian kerana mereka melihat kepada keharmonian dan kesajehteraan yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia itu sendiri. Mereka memahami konsep jihad itu adalah memarangi musuh-musuh Islam dan untuk menyebarkan agama Islam tetapi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Mereka beranggapan mana mungkin sesuatu agama itu membenarkan pembunuhan dan peperangan sewenag-wenangnya tanpa asbab yang kukuh. Keganasan-keganasan yang timbul di Negara luar kononya daripada agama Islam adalah daripada golongan ekstrimis agama. Mereka yakin bahawa setiap agama pasti ada golongan yang begitu taksub dan menyalah ertikan sesuatu perkara tentang agama mereka. Sekiranya diteliti perkara seperti ini adalah harus tidak berlaku kepada umat Islam pada hari ini kerana kebijaksanaan dalam pertimbangan kehidupan adalah lebih baik didorong oleh agama. 

CIPTA PUISI TEMA KETAMADUNAN
Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi
bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya
10-15 baris sahaja.

Tamadun indah seluruh pelusuk,
Hancur musnah jatuh tersungkur,
Dek alam buana kejam membengis,

Ketidakadilan berkuasa,
Insan berharta berdiri menindas,
Insan miskin hina ditindas,

Pembesar berfoya membuang masa,
Tamak berkuasa penerima rasuah,
Ancaman luar kejam memusnah,

Mencuri khazanah sebuah tamadun,
Penyakit menular bala diterima,
Bencana alam datang memusnah,

Tamadun purba tinggal sejarah,
Tercatat sudah takdir mereka,
Tamadun gah menjadi lagenda.

KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN

 Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik
demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua 
orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

Perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum seperti Malaysia hanya akan berjaya jika semua kaum bersedia untuk mengetepikan kepentingan masing-masing demi kepentingan jangka panjang yang lebih penting.
Perpaduan amat penting untuk memelihara keharmonian sesebuah negara. Bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan Malaysia yang telah lama dipelihara, rakyat Malaysia perlu bekerjasama bahkan bersatu-padu ketika negara ditimpa musibah tanpa mengira perbezaan agama, bangsa ataupun ideologi politik. Hal ini penting untuk terus mengekalkan tamadun yang telah dibina. Contoh musibah yang boleh memberi kesan kepada kelangsungan sesebuah tamadun adalah seperti diserang atau dijajah oleh kuasa asing. Hal ini akan menyebakan kemusnahan dan kerosakan kepada sebuah tamadun yang yang telah dibina. Jadi jelaslah dibuktikan bahawa walaupun masyarakat Malaysia mempunyai perbezaan ideologi, masyarakat Malaysia tetap perlu bersatu padu jika Negara ditimpa musibah seperti peperangan dan sebagainya.
Ingatlah perpaduan dan keharmonian yang dikecapi oleh Malaysia mutakhir ini boleh hilang begitu sahaja jika rakyatnya terus lalai dan ambil mudah. Oleh itu, sebaik-baiknya rakyat haruslah berwaspada dan sentiasa bersedia mempertahankan negara ini daripada segala anasir jahat hingga ke titisan darah terakhir mereka.



0 comments:

Individual Video

3:29:00 pm Unknown 0 Comments

WONG POH KUAN A156213
CORAK MASYARAKAT SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS ABAD KE-18

0 comments:

Individual Video

11:25:00 pm Nur Aida Semperna 0 Comments

Nama : Nur Aida Bt Semperna
No Matrik: A154353
Kos : FFAR/2
Set : 22
Tajuk : Konsep Masyarakat Majmuk


0 comments:

Tugasan ifolio

2:51:00 pm نورعينا اثيرا 0 Comments

Nuraina Athira bt Ahmad Salwanizam
A153108



Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

                Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik yang berbilang bangsa. Hal ini telah menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang unik. Akan tetapi, apabila hadirnya beberapa permasalahan yang berlaku antara masyakarat, ini akan menyebabkan runtuhnya ketamadunan. Oleh itu, bagi mengekalkan Tamadun Malaysia, setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mestilah lebih bersatu padu dalam menangani masalah tidak kira dari aspek politik, sosial, ekonomi atau agama. Masyarakat Malaysia perlu bijak dan proaktif dalam menangani sesuatu isu yang timbul bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan pergaduhan. Selain itu, sikap keterbukaan dan toleransi perlu diamalkan dalam diri setiap orang. Sikap ini penting bagi menjamin kehidupan masyarakat yang lebih harmoni. Seterusnya, semua masyarakat Malaysia haruslah mengamalkan serta mempraktikkan lima rukun negara bagi meningkatkan lagi semangat cinta akan negara. Setiap bangsa dan etnik di Malaysia mempunyai kepercayaan dan pegangan agama masing-masing. Oleh hal yang demikian, sikap hormat-menghormati haruslah dipupuk dalam diri setiap rakyat untuk mnubuhkan masyakat yang lebih harmoni. Di samping itu, pentadbiran politik di negara Malaysia haruslah sentiasa stabil bagi menjamin kedudukan dan keamanan negara. Hal ini demikian kerana faktor pentadbiran politik memberi kesan yang amat mendalam bagi sesebuah negara atau tamadun. Sekiranya hal ini tidak dapat dijaga, mungkin sejarah akan berulang. Dalam pada itu, masyarakat yang berilmu akan mewujudkan tamadun yang lebih berpengetahuan luas. Ilmu sangat meluas. Oleh itu, seseorang yang mempunyai banyak ilmu akan lebih bijak berfikir dan berpandangan jauh. Di samping itu, pelaksanaan undang-undang haruslah dilaksanakan secara telus bagi menjamin hak dan keselamatan setiap rakyat Malaysia. Dengan wujudnya sistem undang-undang, pengurusan negara akan lebih saksama dan teratur. Sistem pendidikan Malaysia boleh dibaik pulih dengan melihat pembangunan sistem pendidikan negara maju. Dengan itu, wujud lebih ramai golongan pemikir yang akan dapat memajukan negara searas dengan neagara-negara maju yang lain. Dalam pada itu, masyarakat Malaysia haruslah mempunyai sikap berdaya saing bagi melahirkan masyarakat yang lebih berfikiran futuristik, kreatif dan inovatif. Akhir sekali, rakyat Malaysia haruslah memupuk semangat patriotisme iaitu semangat cinta akan negara. Kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh pada zaman dahulu. Pejuangan tokoh-tokoh yang telah memperjuangkan kedamaian negara haruslah dikenang kerana mereka telah memainkan peranan yang penting untuk keamanan negara.

Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?

Orang Melayu
             Berdasarkan persepsi rakan melayu di UKM yang telah di temu bual, mereka berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak tersendiri untuk menganut agama dan mempunyai kepercayaan masing-masing. Jihad yang dilakukan oleh orang islam bukanlah keganasan. Masyarakat barat tidak sepatutnya mempunyai persepsi sebegitu kerana mungkin ada dikalangan penganut agama islam yang melakukan kesilapan, akan tetapi bukan semua umat islam berkelakuan sebegitu. Jihad bukanlah satu tindakan keganasan.

Orang India
                Masyarakat barat tidak sepatutnya menonjolkan agama islam sebegitu kerana setahu mereka agama islam bukan agama yang bersifat ganas. Beliau mempunyai ramai rakan yang beragama islam. Sepanjang berkenalan, mereka semuanya baik-baik sahaja. Layanan mereka terhadap beliau juga baik menyebabkan beliau berasa selesa untuk lebih rapat dan kenal dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk mengaitkan jihad masyarakat islam dengan keganasan.

Orang Cina
                    Menurut temu bual bersama rakan yang berbangsa cina, mereka sama sekali tidak menganggap bahawa agama islam bertindak dengan keganasan. Hal ini kerana, Malaysia adalah negara yang berbilang kaum, bangsa serta agama. Perbezaan agama tidak mencetuskan permasalahan dan tiada keganasan yang berlaku di Malaysia. Oleh itu, tidak wajar untuk menganggap agama islam bersifat ganas.


Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.

Manusia
Mudah lupa
Mudah alpa
Hanyut dibawa arus urbanisasi
Lemas dalam kemewahan duniawi

Demi agama, bangsa dan negara
Bangkitlah wahai anak muda
Bangkitlah membina negara
Usah sia-siakan peluang yang ada
Sebelum menyesal di kemudian hari

Bersatu padulah mengorak langkah
Untuk mencapai kemajuan negara
Meningkatkan nama negara
Mengekalkan kemerdekaan dan keamanan
Demi masa hadapan negara tercinta



Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

Perbezaan pendapat adalah perkara yang biasa dalam sebuah masyarakat. Bahkan, antara individu juga ada berlakunya perbezaan pendapat dari segi politik,agama serta macam-macam lagi. Setelah berdiskusi bersama rakan-rakan, pelabagai idea yang telah dapat dikeluarkan berdasarkan pandangan dan pendapat masing-masing.

 Berdasarkan perbincangan yang telah dilakuan, saya dapat konklusikan bahawa semua rakyat mestilah sentiasa bersatu padu untuk menjamin keharmonian dan keamanan negara. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Jelaslah dapat dilihat daripada situ bahawa kekuatan sesebuah negara terletak pada kerjasama daripada seluruh rakyat.

            Selain itu, seluruh rakyat mestilah lebih bergabung tenaga dan kekuatan apabila menghadapi peperangan bagi melindungi negara daripada dijajah. Hal ini telah dapat dilihat daripada perjuangan untuk membebaskan negara kita daripada jajahan British. Peristiwa tersebut haruslah menjadi tauladan kepada masyarakat Malaysia.

0 comments:

Tugasan Ifolio

10:04:00 pm Unknown 0 Comments


NUR HAMIZAH BINTI HABIDEEN   A152863

KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN


Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.

Masyarakat sesebuah Negara mesti bersatu semula demi masa depan tamadun apabila terjadinya pengaruh globalisasi kuasa asing terhadap negara yang mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa tetapi masih tertaluk kepada telunjuk kuasa barat. Kuasa-kuasa besar yang mempunyai kuasa veto ini akan bertindak secara  bersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB dan sekaligus memberi impak negatif kepada negara.

Dari segi ekonomi, semua orang mesti bersatu padu semula demi masa depan tamadun apabila syarikat-syarikat besar menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa, menguasai penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan perkembangan sains dan teknologi sesebuah negara. Tidak cukup setakat ini, sistem kewangan antarabangsa yang dikawal oleh syarikat kewangan gergasi yang secara tidak langsung telah mendominasi negara tersebut dan hal ini harus diberi perhatian yang serius oleh negara tersebut.

Dari segi budaya, setiap penduduk negara tersebut seharusnya bersatu padu semula demi masa depan tamadun apabila kuasa-kuasa barat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budaya negatifnya. Dalam konteks budaya ini, pengaruh yang paling signifikan ialah hiburan. Hiburan seperti muzik, nyanyian dan kartun ini telah mempengaruhi cara hidup dan sahsiah remaja diseluruh dunia. Hal ini membimbangkan semua pihak kerana remaja yang akan menjadi pewaris negara pada masa hadapan. Pincang remaja, pincanglah negara.
Dari segi media, seluruh warganegara sewajarnya bersatu padu semula demi masa depan tamadun apabila dunia barat tidak terlepas untuk mendominasi penyebaran berita antarabangsa dan seluruh media massa. Agensi berita antarabangsa akan menentukan bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia demi memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu. Perkara ini dapat dibanteras hingga ke akar umbi sekiranya semua orang  bersatu padu semula demi kegemilangan masa depan tamadun itu sendiri.


CIPTA PUISI TEMA KETAMADUNAN

Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.

SLAUGHTERING OF A CIVILIZATION
My words are out of disbelief
When I say what's going on
Why are we killing so much anymore
We use to be civilized
Now we are just barbaric in our traits and quest for domination
Call me what you will, say what you want
All I want is all this killing to stop
All this blame to end
All the fingers to go in for of a wave or handshake
Instead if a judge mental pointing
Two wrongs do not make a right
Killing humans  is not a lesson we need to teach our children
There is no understanding in a world of greed
And no room for improving our future with in moralistic judgments and fear based thoughts.


DAYA PERSEPSI

Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan-rakan kamu di UKM. Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa-bangsa lain di Malaysia?

Pandangan orang Cina di Malaysia tentang jihad ialah berpendapat bahawa jihad adalah perang untuk menghancurkan orang-orang kafir. Mereka menyatakan bahawa jihad adalah usaha menyampaikan dakwah Islam kepada bukan islam dan memerangi orang-orang yang tidak mahu menerimanya dengan sepenuh hati. Mereka juga memandang jihad sebagai gerakan revolusi menumbangkan sistem sosial dunia yang ada dan menggantinya dengan sistem Islam.
Pandangan orang Melayu di Malaysia tentang jihad ialah perkara yang menghasilkan apa sahaja yang disukai oleh Allah berupa keimanan dan pekerjaan yang baik, dan menolak segala yang dibenci oleh Allah seperti kekafiran, dan kefasikan, serta kemaksiatan. Jihad dalam pengertian ini mencakupi segala bentuk perbuatan yang baik dan perlawanan terhadap hawa nafsu, syaitan, orang-orang kafir, orang-orang munafiq, ahli munkar, orang-orang zalim dan orang-orang fasik. Jihad melawan godaan hawa nafsu dan syaitan disebut jihad yang paling besar, sedangkan jihad melawan musuh yang nyata seperti orang-orang kafir dan orang-orang munafik disebut jihad kecil.

Pandangan orang bangsa-bangsa lain di Malaysia ialah Islam sering digambarkan sebagai agama yang disebarkan melalui mata pedang iaitu melalui kekerasan dan peperangan. Mereka beranggapan bahawa pejuang Islam akan memaksa sesiapa sahaja untuk memasuki islam tanpa memberi hak kebebasan kepada mereka. Tuduhan ini juga tidak berasas sama sekali. Al-Quran melarang umat Islam melakukan kekerasan dan peperangan terhadap orang bukan Islam untuk memaksa mereka menerima Islam. Hal ini dibuktikan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: `tiada paksaan dalam agama.’ (Surah al-Baqarah: 256)


REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN

Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learnig dan perjumpaan dalam dewan kuliah. Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.

10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor ialah :
1. Mewujudkan persefahaman antara masyarakat berbilang kaum yang berasaskan nilai-nilai budaya dengan cara mewujudkan kesediaan dalam kalangan warganegara Malaysia untuk cuba memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.  
2. Menjadikan Rukun Negara sebagai asas pembangunan tamadun Malaysia dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan.
3. Mewujudkan hubungan silaturrahim, kerjasama dan interaksi sosial merentasi batasan antara masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya.
4. Mengambil kira kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun di dalam konteks masyarakat majmuk dengan cara prihatin dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
5. Sentiasa memahami, peka dan mengambil iktibar tentang isu-isu yang menjadi pemisah antara tamadun barat dan tamadun islam.
6. Memahami isu keganasan dari perspektif Islam dan Asia, bukan semata-semata berpaksikan kepada perspektif Barat.
7. Mempunyai penguasaan ilmu yang mantap dengan menyediakan keutamaan pendidikan, kebebasan akademik dan aktiviti penyelidikan di pusat-pusat pengajian tinggi awan dan swasta.
8. Kesediaan individu, pemimpin dan rakyat untuk berubah secara holistik ke arah matlamat mewujudkan masyarakat bermoral yang merangkumi bidang politik, pentadbiran, perniagaan, ekonomi, budaya, seni, media massa, sukan, kehakiman, pendidikan dan kekeluargaan.
9. Mewujudkan pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, amanah, mesra rakyat, mesra alam dan tidak tunduk di bawah pengaruh rasuah, bebas daripada penyalahgunaan kuasa dengan cara menanamkan nilai-nilai integriti di dalam setiap lapisan pengurusan.
10. Menerapkan etika-etika Islam dalam perniagaan, pengurusan pentadbiran dan kewangan supaya orang Islam yang berkecimpung atau mahu berkecimpung dalam bidang-bidang tersebut sedar bahawa mereka wajib mengamalkan etika-etika tersebut demi keharmonian bersama.

0 comments:

Individual Video

2:52:00 pm Ramavisithira Ramasamy 0 Comments

Nama: Ramavisithira A/P Ramasamy No. Matrik: A153348 Fakulti: FFAR/2 Set 22 (Kumpulan 8) Tajuk: Sejarah Kemasukan Masyarakat Cina, India & Indonesia ke Tanah Melayu

0 comments:

Tugasan Ifolio

2:36:00 pm Unknown 0 Comments

Wong Poh Kuan (A156213)

1. REFLEKSI ILMU KETAMADUNAN

Berdasarkan video-video berkaitan ilmu ketamadunan yang telah diuploadkan dalam Telegram dan Open learning dan perjumpaan dalam dewan kuliah... Senaraikan 10 cara supaya Tamadun Malaysia akan bertahan lebih lama daripada keruntuhan akibat globalisasi dan lain-lain faktor.
  1. Bersifat produktif untuk memajukan negara
  2. Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.
  3. Memberikan pendidikan kepada semua rakyat malaysia.
  4. Kerajaan memastikan keadaan Negara sentiasa dalam keadaan aman dan makmur serta adil dari segi pemerintahannya.
  5. Menjalinkan hubungan yang baik dengan negara lain.
  6. Menjana generasi muda sebagai persiapan untuk masa hadapan negara.
  7. Rakyat sentiasa setia dan sayang akan negaranya.
  8. Berdaya saing tinggi
  9. Berfikiran kreatif dan inovatif
  10. Rakyat mestilah menghindari budaya negatif
2. DAYA PERSEPSI

Di kalangan sebahagian media Barat cuba menonjolkan Islam adalah agama keganasan dan dikaitkan dengan perkataan Jihad. Berdasarkan temuduga kamu berkaitan hal ini dengan pelbagai etnik dari rakan2 kamu di UKM...Apa pandangan orang Cina di Malaysia? Apa pandangan orang Melayu di Malaysia? Apa pandangan bangsa2 lain di Malaysia?
Pandangan Orang Melayu
Sejak dahulu, Islam menyebarkan keadilan dan kesaksamaan dalam kalangan manusia. ramai masyarakat bukan Islam dapat hidup di tengah- tengah masyarakat Islam di serata dunia, contohnya negara kita Malaysia, dan jiran kita Indonesia. Walaupun barangkali ada beberapa kekurangan tertentu, namun mereka tidak diseksa atau ditumpahkan darah secara kejam.

Pandangan Orang India
Keganasan bukan tabiat orang Islam. Orang Islam mempunyai peraturan peperangan yang sangat ketat. Semasa peperangan, Islam tetap mengamalkan kemuliaan. Islam mewajibkan mereka yang berperang agar menjaga peraturan dan akhlak. Peperangan di atas nama Islam demi meninggikan kalimah. 

Pandangan Orang Cina
Agama bukan faktor mendorong keganasan. Media Barat teleh salah faham apa yang dimaksudkna dengan jihad. Jihad itu ialah menghabiskan usaha tenaga untuk mencapai apa yang dicita atau menolak sesuatu yang tidak diingini, iaitu menerima kebaikan dan menolak keburukan atau mendapat manfaat dan mencegah bencana  menerusi apa-apa cara yang difikirkan wajar dan elok, dalam apa bidang sekalipun, sama ada dalam masa aman atau perang, tidak semestinya dengan berperang atau mengangkat senjata. Oleh itu, Islam bukanlah agama keganasan.

Pandangan Orang Iban
Semua agama mengajar penganutnya agar memgamalkan nilai-nilai murni yang mulia. Justeru itu, tidak mungkin Islam mengamalkan keganasan. Hanya mereka yang terpesong dari agama akan melakukan keganasan.

3. CIPTA PUISI TEMA KETAMADUNAN

Kamu seorang sasterawan negara dan dijemput mendeklamasikan satu puisi bertemakan isu-isu ketamadunan... samada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tuliskan puisi tersebut hanya 10-15 baris sahaja.
Easier and Arduous
Death is easier.
Arduous is birth.

Ravaging is easier.
Arduous is construction.

Thorn is easier.
Arduous is blossom.

Malevolence is easier.
Arduous is love.

War is easier.
Arduous is civilization.
4. KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN
Dalam mana-mana tamadun, mesti ada perbezaan pendapat dan pelbagai parti politik demi kelangsungan kekuatan sesuatu negara. Dalam keadaan bagaimanakah semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun? Diskus dengan rakan-rakan anda.
Selepas berbincang dengan rakan-rakan, saya mendapati bahawa semua orang mesti bersatu semula demi masa depan tamadun apabila datangnya pengaruh luar untuk menguasai tamadun kita. Jika kita tidak bersatu dan bekerjasama untuk menghalau pendatang asing, mereka senang untuk merampas harta dan juga negara kita. Justeru, pemimpin-pemimpin haruslah menyingkirkan pendapat mereka yang berbeza dengan parti politik yang lain dan sama-sama menyelamatkan tamadun.
Selain itu, pemimpin-pemimpin perlu bersatu semula demi kebajikan bangsa. Pemimpin harus memastikan rakyat hidup dalam suasana yang aman dan damai. Ini merupakan tanggungjawab pemimpin yang utama. Jika kebajikan rakyat tidak dijaga, mereka akan bangkit untuk memberontak supaya boleh mendapat benda yang mereka harapkan. Kalau keadaan ini berlaku,masa depan tamadun tidak akan cerah kerana rakyat merupakan aset sesebuah tamadun.
Di samping itu, semua orang mestilah bersatu apabila berlakunya pergolakan rakyat yang akan menggugat kedaulatan tamadun. Kedaulatan tamadun penting untuk pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik sesebuah tamadun. Jika kedaulatan tamdun terjejas, berkemungkinan besar akan berlakunya peperangan yang berlarutan sekaligus membantut pembangunan sesebuah tamadun.

0 comments:

Individual Video

6:21:00 am Unknown 0 Comments



Nama : Choo Jing Xuan
No. Matriks : A153581
Tajuk : Proses Pembentukan Masyarakat Majmuk.

0 comments:

Tugasan Ifolio

12:08:00 am Unknown 0 Comments

CHOO JING XUAN A153581 

KEPELBAGAIAN DALAM KESATUAN 

          Dalam sesuatu tamadun , sudah tentunya wujud pelbagai parti politik yang mempunyai pendapat dan tuntutan yang berbeza demi kekuatan sesebuah negara tersebut. Oleh kerana pegangan mereka yang berbeza, persengketaan dan pergaduhan mudah berlaku di antara mereka. Demi masa depan tamadun, mereka haruslah bersatu semula supaya dapat menyumbang kepada kemajuan tamadun. Sebaliknya, sekiranya mereka memusuhi antara satu sama lain, keruntuhan tamadun akan berlaku kerana rakyatnya yang tidak bersatu padu. Bak kata pepetah : bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
            Dalam menyatukan parti-parti politik yang berbeza, peranan pemimpin negara tersebut tidak boleh diabaikan. Sebagai pemimpin Negara yang berwibawa, beliau haruslah memastikan setiap parti politik itu tidak melampaui batas mereka. Mereka diberi hak bersuara dan megemukakan pandangan mereka, namun dengan batasan tertentu. Isu-isu sensitif yang akan membangkitkan kemarahan dan menjejaskan hubungan rakyat perlu dielakkan. Pemimpin haruslah bersifat terbuka dan mengambil kira semua pandangan dan pendapat semua parti politik kerana semua orang mempunyai fikiran yang berbeza dan pendapat seseorang itu mungkin boleh dijadikan iktibar , pemimpin tidak seharusnya bersifat dominasi dan menganggap diri sendirinya sebagai yang terunggul dalam satu tamadun itu. Selain itu, pemimpin harus mengambil kira kepentingan semua rakyat dalam menyediakan prasarana dan infrastruktur kepada rakyatnya serta kebajikan yang diberikan kepada mereka. Sikap pilih kasih dan mementingkan salah satu parti politik sahaja tidak harus wujud, hal ini adalah untuk mengelakkan parti-parti politik yang lain berasa terpinggir sehingga mencetuskan pergaduhan dan rusuhan yang menjejaskan keamanan negara dan tamadun itu.
            Di samping itu , pemimpin-pemimpin negara digalakkan berinteraksi dan belajar antara satu sama lain. Pemimpin harus menyerap unsur-unsur positif dan mengintegrasikannyaa dalam politik negara tersendiri. Dengan adanya pertukaran informasi dan pembelajaran, Negara itu akan berkembang maju dan diperkuatkan, hal ini menyumbang kepada kekuatan tamadun. Sejak dari dahulu lagi , tamadun Islam telah berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, mereka bersikap terbuka dan saling mempelajari untuk mengukuhkan tamadun masing-masing
            Tambahan lagi, agama turut memainkan peranan yang penting dalam menyatukan parti-parti politik dalan sesebuah tamadun. Dengan pegangan agama yang kukuh , mereka akan menyuarakan pendapat dan tuntutan mereka melalui saluran yang betul, bukan melalui cara yang ekstremis dan keji sehingga menimbulkan kekecohan. Agama membentuk masyarakat yang berdisiplin, tidak melakukan keganasan, prihatin dan berbuat baik terhadap semua manusia, binatang dan alam. Agama juga teras kepada keutuhan sesebuah tamadun, keruntuhan tamadun berlaku apabila masyarakatnya sesat dan mengabaikan agama.
            Akhir sekali , pendidikan penting untuk menyatukan parti-parti politik agar mereka tidak menimbulkan kekecohan kepada negara dan tamdun itu. Melalui pendidikan, masyarakat yang berilmu akan terbentuk. Mereka bersifat intelektual dan bukan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masyarakat yang berilmu dan berpendidikan menggunakan ilmu mereka untuk menyuarakan perasaan dan pemikiran untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang wujud dapat diselesaikan dengan cara yang harmoni hasil daripada pemikiran yang matang dan rasional.
            Konklusinya, perpaduan dan toleransi rakyat terak keamanan dan kekuatan negara yang akan menyumbang kepada tamdun yang kukuh dan stabil. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita haruslah selalu mempraktikan sikap toleransi, empati dan berfikiran matang dalam segala urusan demi kebaikan negara dan tamadun.



Cipta Puisi Tema Ketamadunan

Wahai rakyat Malaysia ,
Bersatulah kita di atas bumi yang sama ,
Bersatulah kita di bawah pemimpin yang berwibawa,
Bersama kita menghayati nilai moral nenek moyang yang bermakna,
Berteguh kita mempertahankan tamadun yang jaya.

Wahai rakyat Malaysia,
Marilah kita belajar ,
Menjadi orang yang berilmu dan disanjungi,
Membantu negara membangun dan bertamadun,
Agar berkembang pesat dan menjadi ikutan negara lain.

Wahai rakyat Malaysia,
Jangan anda lupakan agama,
Jangan anda tinggalkan moral dan ilmu,
Jangan anda taasub dengan kemewahan,
Jangan anda jatuh dalam najis dadah dan kekotoran.

Wahai rakyat Malaysia,
Bangkitlah daripada kemalasan,
Sedarilah tanggungjawab anda,
Anda bakal pemimpin negara ,
Membawa Malaysia menuju ke cahaya.





DAYA PERSEPSI 

Pelbagai tuduhan dan tohmahan yang menunjukkan agama Islam mempunyai  kaitan dengan keganasan bermula sejak  peristiwa serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat,  di Washington dan New York pada  11 September 2001. Kebelakangan ini, kemunculan IS telah dikatakan berunsurkan Islam. Namun, sebaran khabar-khabar in, khususnya melalui media Barat tidak mempunyai bukti yang kukuh. Penguasaan Barat terhadap media dan teknologi mereka yang moden mempercepat dan memperluaskan sebahan tersebut,hal ini menyebabkan persepsi terhadap agama Islam di mata dunia ini terjejas.
            Berdasarkan peristiwa-peristiwa keganasan yang berlaku dan khabar berita yang disebarkan oleh pihak media , banyak pelajar UKM yang berbangsa Melayu menekankan bahawa keganasan Islam tidak wujud, kerana agama Islam ialah agama yang suci dan tidak sesekali mengajar umatnya untuk melakukan keganasan. Sebenarnya, perbuatan kerosakan dan pembunuhan dilarang keras dalam agama Islam, dan Islam mementingkan kedamaian dan ketenteraman. Salah faham pihak Barat terhadap Islam amat menyakitkan hati pelajar-pelajar Melayu dan mereka berasa agama Islam telah dicemarkan hasil tuduhan-tuduhan media Barat.
            Bagi pelajar-pelajar Cina pula, mereka berpendapat bahawa setiap agama mempunyai penganut  ekstrimistik yang mempunyai fahaman yang salah terhadap ajaran agamanya. Mereka mempercayai bahawa kumpulan yang melakukan keganasan merupakan penganut-penganut yang sesat agamanya, dan mereka mempercayai agama Islam yang benar dan tulen tidak mempunyai kaitan dengan keganasan. Selain itu, mereka menekankan bahawa tiada satu agama akan mengajar penganutnya untuk membunuh dan bertindak ganas, hanyalah penganut yang sesat sahaja yang bertindak sebegini. Hal ini berlaku mungkin kerana mereka tiada pegangan yang kuat terhadap agama sendiri, sehingga memyebabkan mereka mudah tertarik dengan ajaran sesat yang disebarkan.
            Pelajar-pelajar India turut mempercayai bahawa agama Islam tidak berhubung kait dengan keganasan . Hal ini kerana Malaysia merupakan Negara Islam , namum pihak kerajaan Malaysia telah melakukuan banyak aktiviti untuk memburu dan membanteras pengikut-pengikut IS di Malaysia, mereka tidak membenarkan kegansan berlaku di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid pernah berkata : Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan dan tidak akan membiarkan sebarang bentuk tindakan itu berlaku sama ada di Malaysia atau di mana-mana pun di dunia.
            Pandangan bangsa-bangsa lain turut sama dengan pandangan pelajar Melayu, Cina dan India di mana agama Islam tidak boleh disebutkan bersama keganasan. Penganut-penganut Islam di Malaysia bencikan keganasan dan sejak dari sekolah menengah, kami telah diajar konsep-konsep Islam dan sejarah tamadun Islam, dimana masyarakat jahilliyah telah ditransformasikan kepada masyarakat Islam yang bertamadun, berpendidikan , baik hati dan prihatin melalui ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu , mereka yakin bahawa perkataan` keganasan Islam’ yang disebutkan oleh pihak Barat adalah satu pembohongan dan ketidakadilan terhadap umat-umat Islam.
            Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar UKM mempunyai fikiran yang matang dan tidak mempercayai khabar-khabar media semata-mata. Pelajar-pelajar yang berlainan agama, termasuklah mereka yang beragama Islam dapat berinterkasi dengan begitu harmoni dan tiada pun keganasan yang pernah berlaku dalam kalangan mereka, hal ini ternyatalah peganut-penganut Islam bukanlah pihak keganasan, malah mereka pihak yang begitu prihatin dan baik hati. Melalui temu duga ini, saya mendapati bahawa pelajar-pelajar UKM begitu saling mempercayai antara satu sama lain , dan mereka secara keseluruhannya membencikan keganasan. Pelajar-pelajar yang bukan agama Islam turut mempunyai kayakinan yang tinggi dan begitu menyokong bahawa Islam bukanlah keganasan. Saya terharu dengan kekuatan dan perpaduan yang membentukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbagai kaum. Melalui temuduga ini, saya juga mempelajari banyak ajaran Islam dan konsep mereka yang menekankan kedamaian , dan saya berharap pihak kerajaan akan melakukan lebih banyak langkah untuk menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama yang begitu suci dan mulia agar dunia ini tidak mempunyai salah faham terhadap agama Islam. 



Releksi  Ilmu Ketamadunan

1. Masyarakat Malaysia harus mengamalkan sikap toleransi supaya hidup harmoni dalam kalangan rakyat yang berlainan bangsa dan kaum.

2. Rakyat-rakyat Malaysia haruslah mempunyai pegangan agama yang kuat

3. Rakyat Malaysia bersikap terbuka, mereka belajar dan berinteraksi dengan tamadun lain supaya terus maju dan dapat mencapai taraf negara maju, agar tidak ketinggalan .

4. Rakyat Malaysia harus mempelajari dan menguasai Bahasa Negara iaitu Bahasa Malaysia agar dapat berkomunikasi dengan efektif dan mengelakkan berlakunya salah faham dan konflik .

5. Pemimpin Malaysia mewujudkan sistem perundangan yang teratur dan tersusun untuk mengawal dan mendisiplinkan rakyat-rakyatnya.

6. Pemimpin Malaysia menerapkan pendidikan moral , sivik dan agama dan pembelajaran supaya mewujudkan masyaratkat yang mementingkan ilmu dan bukannya kebendaan. 

7. Pemimpin Malaysia aktif membangunkan negara dan bandar agar masyarakat Malaysia maju dan semua rakyat mencapai kehidupan bandar.

8.Pemimpin Malaysia bersikap adil terhadap semua rakyat. 

9. Pendidikan diberi tekanan agar masyarakat yang berilmu , berakhlak mulia dan rasional dilahirkan.

10. Pemimpin Malaysia mencungkil barat dan menghargai bakat-bakat rakyat Malaysia seperti dalam bidang sukan, teknologi, seni bina, seni lukis dan sebagainya.


0 comments: